NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Olimpik : Sandaran pingat kepada jaguh sukan berbasikal trek

Pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang (dua kiri) dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom (tiga kiri) melakukan kayuhan regangan otot sambil diperhatikan ketua jurulatih, John Beasley (kiri) selepas acara pecut di Veledrom Izu, Shizouka, Jepun semalam. - Foto BERNAMA.
KUALA LUMPUR: Sandaran negara pada temasya Sukan Olimpik 2020 kini tertumpu kepada berbasikal trek dengan acara keirin menjadi penentu kepada sasaran tiga pingat termasuk emas yang disandarkan kontinjen Malaysia.

Sukan berbasikal trek yang disertai Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom menjadi prospek utama negara dalam memburu pingat di Tokyo sebelum ini selain badminton dan terjun.

Namun dengan dua prospek sukan utama ini sudah melabuhkan tirai pertandingan yang turut menyaksikan beregu lelaki badminton, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih gangsa manakala skuad terjun menemui 'jalan buntu' membutirkan pingat, sandaran kini beralih kepada acara keirin berbasikal trek.

Azizulhasni dan Shah yang tewas dalam acara pecut bakal memikul tanggungjawab berat dalam acara keirin yang dijadual membuka tirainya esok di Velodrom Izu namun bagi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, apapun boleh berlaku di temasya besar ini termasuk penamat 1-2.

"Saya tidak mahu cakap dabik dada, secara ikhlasnya saya berdoa kerana apa juga boleh berlaku," kata Reezal. "Perkara mungkin boleh pergi ke arah utara ataupun ke selatan. Jadi kita doakan yang terbaik.

"Kita juga melihat di Tokyo ini, (Kento) Momota tewas di bumi Tokyo sendiri dikala beliau dianggap sebagai sandaran pingat emas. (Naomi) Osaka dalam sukan tenis... banyak berita yang mendukacitakan berlaku.

"Maknanya di sini, apa juga boleh berlaku, yang terbaiknya kita terus berdoa. Sekiranya ditakdirkan Allah SWT, aksi Azizulhasni dan Shah berada di tahap baik... mungkin saja kita dapat menyaksikan keputusan yang boleh membawa kepada pungutan pingat. Yang terbaik (pada masa ini) doa dan terus berdoa."

Dalam pada itu, Reezal berkata, dia dapat melihat kesungguhan Azizulhasni dan Shah dalam usaha membawa kilauan pingat buat kontinjen negara.

"Saya dapat berbual dengan Azizulhasni dan Shah, mereka masih lagi menaruh kesungguhan, iltizam untuk menyumbang dan membawa pingat untuk negara. Kita harus berdoa, saya akan terus berada di sini sehingga detik terakhir atlet kita," katanya.

- BH


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo