NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengurus FELDA direman lima hari bantu siasatan salahguna kuasa


KUANTAN: Seorang pengurus FELDA direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa membabitkan projek pertanian berjumlah RM64,739.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya Kuantan, Humairah KM Haider selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Pahang, di sini, selepas hadir memberi keterangan kira-kira 7 malam semalam.

Suspek yang tiba di Kompleks Mahkamah Kuantan pada jam 9.30 pagi dengan berkemeja-T lokap SPRM, disyaki menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perolehan Rancangan (JKPR) melantik syarikat yang mempunyai kepentingan dengan dirinya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim mengesahkan penahanan lelaki itu dan menyatakan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

– BERNAMA



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo