NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemuda PN sokong rancangan kerajaan demi kestabilan politik



KUALA LUMPUR - Pemuda Perikatan Nasional (PN) akan menyokong segala rancangan yang dilakukan oleh kerajaan bagi menstabilkan keadaan politik semasa, kata Ketua Pemuda PN, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin.

Menurut beliau, kestabilan politik dilihat kunci utama bagi kerajaan dalam usaha memerangi wabak Covid-19 dan mencapai imuniti kelompok

"Pada kami apa yang diberi untuk menstabilkan politik dan mampu untuk mudahkan kita capai imuniti kelompok kita sokong.

"Malah Perdana Menteri bersetuju untuk bubarkan Parlimen selepas capai imuniti kelompok," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan air mineral oleh kepada Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Rohana Johan pada Sabtu.

Sebanyak 84,000 botol air mineral disumbangkan oleh Iman Care bagi kegunaan barisan hadapan dan pesakit yang dirawat di HKl.

Pada Jumaat, Muhyiddin menawarkan kerjasama rentas parti antara kerajaan PN dengan parti di luar kerajaan sekiranya usul undi percaya terhadapnya diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 September depan.

Menurutnya, cadangan itu dibuat bagi membolehkan kerajaan terus berfungsi ketika pandemik Covid-19 dengan sokongan bipartisan di Parlimen.

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/155624/BERITA/Politik/Pemuda-PN-sokong-rancangan-kerajaan-demi-kestabilan-politik

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo