NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Lebih baik capai persefahaman, tumpu perangi Covid-19'



KUALA TERENGGANU - Polemik semasa politik dilihat akan mempengaruhi Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang giat dilaksanakan buat masa ini, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Menurut beliau, ia juga dikhuatiri akan membantutkan usaha kerajaan dalam mengekang Covid-19 termasuk usaha mencapai imuniti kelompok melibatkan vaksinasi.

"Saya kira rakyat dapat melihat Perdana Menteri secara jujur menjelaskan beliau bimbang situasi politik sekarang akan mengganggu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Tukar kerajaan pun perkara yang sama berulang kerana kelebihan sokongan mana-mana pihak adalah sangat tipis dan berubah-ubah sentiasa serta boleh berlaku sekelip mata," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ahmad Azmad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, langkah terbaik menangani polemik politik negara ialah menyerahkan kembali kepada rakyat melalui Pilihan Raya Umum (PRU).

Bagaimanapun, katanya, keadaan pandemik Covid-19 buat masa ini tidak selamat untuk diadakan PRU.

"Lebih baik satu persefahaman dicapai dengan semua, kita selesaikan pandemik secepatnya. Pembangkang diberi lebih ruang sebagai timbal balas, peruntukan untuk menyalurkan khidmat dan bantuan kepada rakyat sekaligus memiliki ruang yang lebih luas untuk mekanisme semak imbang dengan jawatankuasa khas di Parlimen.

"Ia bertujuan memberi tempoh 'gencatan politik' supaya kita fokus uruskan pandemik. Sebaik keadaan selamat, kita serahlah kepada rakyat.

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/155626/BERITA/Politik/Lebih-baik-capai-persefahaman-tumpu-perangi-Covid-19

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo