NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemuda Pas cabar Anwar buktikan di luar Dewan Rakyat

Khairul Nadzir Helm Azhar, Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia


KUALA LUMPUR - Pemuda Pas mencabar Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuktikan keabsahan mempunyai sokongan majoriti.

Ketua Penerangannya, Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, sudah berkali-kali Ketua Pembangkang itu mendakwa beliau mempunyai majoriti, namun sehingga kini ia gagal dibuktikan.

Malah, katanya, PH tidak perlu membuktikan mereka benar mempunyai majoriti di dalam Dewan Rakyat sebaliknya boleh dibuktikan di luar.


"Kes Datuk Seri Nizar Jamaluddin melawan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pada tahun 2010 membuktikan bahawa majoriti sokongan boleh sahaja dibuktikan di luar Dewan.

"Soalnya bila Anwar Ibrahim dan PH ingin buktikan. Jangan hanya bermain persepsi, buktikan majoriti anda jika berani," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Khairul Nadzir berkata, tuduhan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mempunyai majoriti merupakan suatu persepsi dilemparkan PH dengan niat menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, sekalipun didakwa tidak mempunyai majoriti, sokongan kerajaan PN telah teruji melalui undian-undian di Dewan Rakyat sebelum ini.

"Termasuk yang terkini undian Rang Undang-Undang Perbekalan 2021. Ia membuktikan PN mempunyai majoriti sokongan semasa kerajaan ini terbentuk.


Sumber  : Sinarharian


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo