NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Parlimen tutup akibat Covid, pemimpin PH beri amaran kepada KP Kesihatan

Pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) hari ini memberi amaran kepada Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, mempersoalkan arahan beliau supaya premis Parlimen dikuarantin ekoran tercetus kes Covid-19 di kawasan itu sehingga menyebabkan sesi sidang khas Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan.

“Kami juga memberi amaran keras kepada Tan Sri Mahiaddin Md Yassin agar tidak memperalat agensi dan Kementerian-Kementerian, termasuk ketua pengarah kesihatan, untuk menutup Parlimen pada Isnin ini,” kata Presiden PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu dalam sebuah kenyataan hari ini.

“Ketua pengarah kesihatan juga diingatkan agar tidak membenarkan diri beliau diperalat demi menutup Parlimen dan menghalang sidang khas seperti yang dititah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong.”

- Malaysianow

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo