NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Fitnah MB, Pemuda Kedah lapor Polis

ALOR SETAR : Pemuda PAS kawasan di Kedah digesa membuat laporan polis terhadap sebarang provokasi berbaur fitnah terhadap Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor.

Ketuanya, Nurul Amin Hamid berkata, ada pihak cuba menjatuhkan kredibiliti dan reputasi menteri besar susulan kebelakangan ini terdapat pelbagai tohmahan serta provokasi dilakukan terhadap beliau.

“Kita telah mengarahkan setiap Pemuda Kawasan kawasan di Kedah membuat laporan polis kepada setiap provokasi sama ada menghasut, memaki hamun atau apa jua bentuk yang keterlaluan atas tujuan menimbulkan kebencian dan menjatuhkan reputasi menteri besar,” katanya menurut laporan Harakahdaily.

Amin berkata, setakat ini Pemuda PAS Jerlun, Kubang Pasu, Padang Terap dan Sungai Petani telah membuat laporan dan 11 lagi bakal menyusul dalam tempoh terdekat.

Beliau berharap agar pihak polis merujukkan kes berkenaan di bawah Seksyen 233(1)(a)(b)Akta SKMM, dan/atau Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mempunyai kepakaran untuk mengesan pemilik akaun media sosial, sekalipun menggunakan akaun samaran.

“Apatah lagi dikenal pasti pemiliknya. Mereka tidak akan dapat melarikan diri,” katanya.

Terbaharu, tular di media sosial wajah Sanusi disamakan seperti ikon kuning 4Gplus beserta dengan kata-kata melabelkan ‘Plan Menipu, Bodoh Unlimited’ dan lain-lain kata kesat lagi.

Susulan itu, kata Amin beberapa individu yang telah dikenal pasti terlibat dalam provokasi itu bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang.

“Bukti semua sudah terkumpul. Di kalangan ‘haters’ (pembenci), berdoalah semoga anda bukan ‘insan terpilih’ tersebut,” katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo