NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Parlimen tergantung mungkin tidak berlaku: Penganalisis



KUALA LUMPUR - Situasi Parlimen tergantung berkemungkinan tidak berlaku dalam kemelut politik negara yang menyaksikan pemilihan calon Perdana Menteri kesembilan.

Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Kartini Aboo Talib berkata, ini kerana jika berlaku sebarang konflik dalam badan eksekutif, ia akan kembali kepada Demokrasi Raja Berperlembagaan dengan merujuk Perlembagaan Malaysia untuk menyelesaikan kemelut.

“Proses yang berlaku sekarang bukan semudah yang dijangka. Pengutipan kepada akuan bersumpah dan melihat kepada pengukuran kepercayaan di Dewan Rakyat atas wakil yang paling dipercayai untuk mengemudi kerajaan agar ia lebih stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Malaysia Petang Ini bertajuk ‘Calon PM: Nilai Undi Ahli Parlimen’ terbitan Bernama TV pada Rabu.

Pada Selasa, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menerusi notis bertarikh 17 Ogos meminta 220 Ahli Dewan Rakyat menyerahkan satu surat akuan bersumpah bagi menamakan seorang calon Perdana Menteri.

Notis itu bagi membolehkan seorang daripada mereka yang mempunyai kepercayaan majoriti dilantik sebagai Perdana Menteri susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh pada Isnin lepas.

Menyentuh Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada Jumaat ini, Kartini berkata, Majlis Raja-Raja mungkin boleh menggunakan ‘Titah Diraja’ yang sedia ada bagi memikirkan sama ada perlu mengenakan penalti terhadap mereka yang kembali mengganggu-gugat kestabilan Parlimen dan kabinet.

“Mungkin ada mungkin tidak, kita kena semak Perlembagaan sejauh mana Raja Berperlembagaan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan ‘Titah Diraja’ yang menasihati jika ada pertelingkahan, mungkin Ahli Dewan Rakyat boleh digantung,” katanya.

Beliau berkata, ia bukan untuk menghukum ahli politik atau wakil rakyat malah lebih kepada mendisiplinkan mereka.

Kartini juga berharap persefahaman rentas parti akan dilaksanakan oleh kerajaan berikutnya supaya Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti dapat dibentangkan di Parlimen. - Bernama


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo