NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ismail Sabri sah bakal PM ke 9 dengan sokongan 114 ahli parlimen

Dato Seri Ismail Sabri. Foto : Awani

Seramai 114 ahli parlimen akan dipanggil ke Istana Negara hari. Kesemua ahli-ahli parlimen berkenaan akan tiba dalam lima kumpulan bermula jam 10 pagi.

Mereka terdiri daripada ahli parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Bersatu, Umno, MCA, MIC, PAS, dan beberapa parti lain dan ahli parlimen bebas.

Tiada dalam senarai ialah Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Berdasarkan jadual, komposisi ahli parlimen yang dijemput ke istana esok adalah seperti berikut:
  • Umno × 37
  • Bersatu × 31
  • PAS × 18
  • GPS-PBB × 13
  • GPS-PRS × 2
  • GPS-PDP × 2
  • MCA × 2
  • GPS-SUPP × 1
  • MIC × 1
  • PBRS × 1
  • PBS × 1
  • Star × 1
  • Independent × 4
Beberapa ahli parlimen telah mengesahkan bahawa senarai itu betul dan akan menghadiri sesi tersebut pada waktu yang dijadualkan.

Kesemua ahli parlimen berkenaan dipanggil menghadap Agong bagi mengesahkan pendirian ahli-ahli parlimen berkenaan.

Berdasarkan kepada jumlah 114 sokongan ini bermaksud Ismail Sabri telah mendapat sokongan yang mencukupi untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Difahamknn hanya kumpulan yang menang sahaja dijemput untuk pengesahan sokongan sekali lagi di Istana Negara. Bererti Ismail Sabri dengan izin Allah adalah calon PM yang menang.

Menurut sumber, anggota parlimen BN akan berangkat dengan bas untuk ke Istana Negara pada pukul 10 pagi esok dari Pusat Dagangan Dunia Putra, (PWTC) Kuala Lumpur.

Ketika dihubungi, Ahmad Maslan mengesahkan bahawa MP BN dijemput menghadap Yang di-Pertuan Agong esok. 

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu bahawa ahli parlimen PAS dijadualkan menghadap Seri Paduka Baginda pada pukul 4 petang.

"Alhamdulillah DSIS (Ismail Sabri) telah berjaya diangkat sebagai PM ke 9 berdasarkan jemputan Istana Negara kepada semua MP yang mencalonkan beliau," katanya.

"Sesi 10 pagi melibatkan 24 ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak. Diikuti sesi kedua 11.10 pagi dijadualkan kepada ahli parlimen Bersatu. Sementara ahli parlimen Umno dan BN akan menghadap Agong dalam sesi ketiga dan keempat masing-masing 2 petang dan 3 petang.

"PAS akan menghadap pada pukul 4 petang," kata sumber itu lagi.

Pada Isnin, Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menerusi notis bertarikh 17 Ogos meminta 220 ahli Dewan Rakyat menyerahkan satu surat akuan bersumpah bagi menamakan seorang calon perdana menteri.

Notis itu bagi membolehkan seorang daripada mereka yang mempunyai kepercayaan majoriti dilantik sebagai perdana menteri susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh Isnin lepas.

Untuk rekod, parlimen memiliki 220 kerusi, yang bermaksud sokongan sekurang-kurangnya 111 anggota parlimen diperlukan untuk membentuk kerajaan baru.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo