Responsive Ad Slot

Ahli Parlimen BN, PN, GPS dan PAS ke Istana Negara pagi ini


KUALA LUMPUR : Ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan ke Istana Negara pagi ini bagi mengesahkan surat akuan bersumpah (SD) sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung UMNO yang juga Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan malam ini, dengan pergerakan akan mengikut parti bermula jam 10 pagi.

"Ahli Parlimen ke Istana Negara esok. 10 pagi GPS, 11 pagi BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia); 2 petang UMNO; 3 petang UMNO/ BN dan 4 petang PAS," katanya dihubungi sebentar tadi.

Difahamkan pergerakan Ahli Parlimen BN dan UMNO esok akan bergerak ke Istana Negara dalam dua kumpulan menaiki bas khas dari ibu pejabat parti itu di Menara Dato' Onn, di sini. (BH)

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo