NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Padah hina Agong, Institusi Raja, suri rumah didenda RM10,000

Siti Nur Faizah ketika tiba di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Padah mengeluarkan kata-kata menghasut dan memuat naik kata-kata jelik menghina Yang di-Pertuan Agong, menteri dan Institusi Raja dalam laman sosial Twitter, seorang suri rumah didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim M.M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Nur Faizah Wahid, 28, selepas wanita itu mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Pertuduhan pertama mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 manakala pertuduhan kedua denda RM8,000.

Sekiranya tertuduh gagal membayar denda itu tertuduh boleh dipenjara selama sembilan bulan dan difahamkan tertuduh membayar jumlah denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati mengeluarkan kenyataan melalui perkhidmatan laman sosial Twitter “Eija boo” dengan menyebut kata-kata menghasut yang mana kata-kata itu mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di sini pukul 8.33 malam pada 22 Mei lalu yang didakwa mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi sama yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hari orang lain melalui perkhidmatan laman soial yang sama.

Hantaran itu dibuat pada tarikh sama yang kemudian dibaca pada 10 Jun 2021 pukul 8 malam di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini.

Bagi kesalahan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

Terdahulu tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan hukuman paling minima selain menyesal dengan tindakannya.

“Saya mengaku salah, menyesal dan insaf. Saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya sebak.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad memohon mahkamah hukuman berbentuk pengajaran terhadap tertuduh.

“Satu hukuman berbentuk pengajaran bukan sahaja untuk tertuduh malah masyarakat lain yang mana menghina Institusi Raja adalah satu kesalahan,” kata beliau.

Sumber | K! ONLINE


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo