NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Halatuju PKR, DAP dan Amanah makin kabur ?

PAN akan pupus, PKR akan terus berangan, DAP akan kalah PRN Sarawak

DAP AKAN KALAH PRN SARAWAK ?

Kekalahan ini berpunca dari kesilapan Pakatan DAP yang gagal mengambil peluang terbaik di saat kejatuhan Kerajaan Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY).

Secara umumnya, ramai sudah tahu Kerajaan PN TSMY akan jatuh bila DSZH mengumumkan partinya menarik sokongan kepada TSMY. Sebagai langkah terakhir menyelamatkan Kerajaan, TSMY menawarkan plan perdamaian sokongan rentas parti bagi membolehkan kerajaan terus berfungsi ketika pandemik Covid-19 dengan sokongan bi-partisan di Parlimen [1].

Pakatan bagaimanapun menolak tawaran tersebut melalui kenyataan media yang terkandung di dalamnya dakwaan mereka "mampu mengemukakan suatu perancangan yang lebih baik"[2]. Ada dua implikasi dari kenyataan media ini. Pertama, mereka menolak tawaran TSMY. Kedua, mereka menggambarkan bahawa Kjaan Pakatan akan naik semula. Malah penyokong-penyokong mereka sudah meniup gosip di dalam medsos bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) akan naik menjadi PM9.

Ada pemerhati yang membuat andaian bahawa sebenarnya DSAI merancang seorang diri kenyataan media itu manakala nama Mohamad Sabu (MS) dan Lim Guang Eng (LGE) sekadar dicetak atas dokumen sahaja. Betapa tidak, itulah jua yang pernah berlaku dalam peristiwa Langkah Kajang pada tahun 2014 di mana LGE mendakwa tidak tahu menahu berkenaan Langkah Kajang dan meminta media bertanya terus kepada DSAI [3]. Hari ini, LGE dan MS dilihat masih diam tak memberi komen lanjut tentang kenyataan media mereka yang dilihat pemerhati sebagai "gopoh".

Kenapa dilihat "gopoh"? Kerana mereka terlebih yakin DSAI akan segera jadi PM sebaik TSMY turun.

Adakah mustahil? 

Menurut seorang kolumnis akhbar, Pakatan mempunyai masalah matematik. Memang benar mereka telah menyusun persaingan satu lawan satu ie DSAI lawan DSIS. Tapi kata kolumnis, DSIS guna "basic math" (matematik asas) sebaliknya DSAI guna "fuzzy math" (matematik kabur) [4].

Maksudnya? 

Dengan menggunakan teori matematik asas, DSIS hanya perlu pujuk 15 orang ahli parlimen yang juga rakan-rakan satu parti dengannya untuk kembali sokong pilihan PM dari PN iaitu dirinya sendiri. "straight forward" sahaja, kata orang.

Manakala teori matematik kabur pula, DSAI perlu fikir bagaimana untuk pindahkan sokongan dari sebuah parti yang bermusuh dengannya lebih 20 tahun dan parti-parti yang diketuai oleh orang yang tidak mahu menerimanya sebagai calon PM kepada menyokong dirinya. Terlalu banyak langkah dan formula perlu digunakan dan sebenarnya hampir mustahil pun. (Sebenarnya kalau DSAI rela hati terima calon pilihan mereka, mungkin teori matematik kabur boleh berhasil. Tapi kita tahu lah DSAI ni siapa. Dia mahu dia saja sebagai calon PM šŸ¤­)

Akibat dari kegagalan tindakan gopoh mereka, akhirnya mereka terlepas peluang menguasai kerajaan dan seterusnya terlepas peluang menjadi "caretaker government" bagi PRU15. Secara tidak langsung, DAP terpaksa masuk ke PRN Sarawak sebagai pembangkang menentang GPS sebagai kerajaan.

DAP AKAN KALAH PRN SARAWAK

Sebagai pembangkang di Sarawak, DAP seperti biasa boleh bermain "blame game" iaitu mencari salah kerajaan semasa iaitu GPS. Walaubagaimanapun, GPS kini sudah ada rekod cemerlang. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, "Vaksinasi Covid-19 di Labuan, Sarawak terbukti efektif" [5]. Apa lagi DAP nak rungutkan? Tiada sudah.

DAP mungkin boleh bermain spekulasi bahawa Kjaan DSIS adalah Kjaan BN yang pernah terpalit dengan pelbagai skandal. Tapi GPS boleh sahaja mengelak dari dikaitkan dengan kisah lampau BN kerana mereka sudah lama keluar dari gabungan BN [6].

Dalam PRU14 yang lalu, kerjasama Pakatan DAP adalah utuh. Menjelang PRU15 kali ini, kerjasama mereka belum nampak utuh, malah pergolakan dalaman parti masing-masing makin kronik. Ada sahaja laporan media mendedahkan persaingan merebut kuasa dalam DAP, PKR dan PAN.

Dengan gagalnya usaha DSAI untuk menjadi PM9 pada minggu lepas, parti-parti Pakatan sudah berantakan sesama sendiri. Seorang pemimpin kanan PKR sudah terang menempelak DAP supaya tidak hanya "menumpang" parti lain untuk mendapatkan undi orang Melayu di kawasan luar bandar [7]. Secara tidak langsung ia menjadi isyarat DAP mungkin perlu bekerja sendiri untuk memenangi kerusi yang ditandingi dalam PRN Sarawak.

Takdirnya jika diadakan PRN Sarawak dalam masa terdekat, adakah Pakatan DAP bersedia? Sebenarnya mereka tidak bersedia (dan hanya mengharapkan keajaiban DSAI untuk jadi PM9 yang kini sudah #PunahHarapan). Isu  asas tentang logo pun masih belum selesai. DAP mahu menggunakan logo Pakatan Harapan manakala PKR mahu menggunakan logo PKR. 

PAN akan pupus

PAN macam biasa, bak kata seorang pemimpin kanan PKR, "mana DAP pergi, dia ikut" [8]. Inilah juga ayat yang akan membunuh PAN, bila mana DAP sudah tidak perlukannya.

Memang DAP dah bersedia menghadapi tempelak pemimpin kanan PKR di atas. Awal tahu ini mereka sudah berkata "DAP must woo Malay voters direct for GE15, no more ‘outsourcing’ to others, says strategist"[9].

Itu kelebihan DAP. Pemikir-pemikir mereka sudah berfikir tentang sesuatu perkara lebih awal sebelum pihak lain memperkatakannya.

Tidak seperti PKR yang kononnya bijak berpidato, tetapi selalu "gopoh" dan gagal dalam tindakan. Itulah kelemahan para pemidato. Mereka mungkin bijak berkata-kata. Tapi kalau sekadar bijak berkata-kata tanpa disertai dengan bijak bertindak, teruslah berangan-angan.

"Orang gopoh selalu rugi"

#DrPalaTao
#Firasat #PalaTao

Rujukan:


[1] Muhyiddin tawar kerjasama merentas parti

[2] Pakatan Harapan tolak segala tawaran Muhyiddin

[3] Guan Eng: We are awaiting explanation from Anwar

[4] Moves that led to checkmate

[5] Vaksinasi Covid-19 di Labuan, Sarawak terbukti efektif

[6] PBB, PRS, PDP, SUPP keluar BN, bentuk GPS

[7] Luaskan pengaruh ke luar bandar, jangan hanya jerit di Parlimen, Rafizi beritahu PH

[8] [Video] Parti Amanah macai DAP – Rafizi Ramli

[9] DAP must woo Malay voters direct for GE15, no more ‘outsourcing’ to others, says strategist

Artikal asal : drpalatao


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo