NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ismail Sabri, anak merdeka pertama terajui negara


TAHNIAH, ANAK MERDEKA PERTAMA TERAJUI NEGARA

1. Takdir Allah swt, berlaku pertukaran Perdana Menteri baru daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Dato Sri Ismail Sabri pada bulan Ogos, iaitu bulan seluruh rakyat Malaysia memperingati kemerdekaan.

2. Takdir Allah swt juga, Perdana Menteri yang baru, Dato Sri Ismail Sabri, adalah dari kalangan generasi anak merdeka. Dengan pengertian lain, beliau adalah anak merdeka yang pertama menjadi Perdana Menteri.

3. Setelah negara mencapai kemerdekaan hampir 64 tahun yang lalu, kini tiba giliran generasi anak merdeka menerajui negara. Sudah tentu situasi seperti ini memberi petunjuk yang amat penting kepada halatuju negara.

4. Situasi ini menunjukkan sudah tiba masanya generasi anak merdeka menggalas tanggungjawab untuk membangunkan negara dan mensejahterakan rakyat, dengan bimbingan dari generasi sebelumnya yang kaya dengan pengalaman.

5. Perlantikan Dato Sri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia, bermakna bermula satu era baru kepada pentabiran negara kerana rata-rata yang mentadbir negara hari ini adalah anak merdeka termasuklah para pembuat dasar dan penjawat awam.

6. Begitu menarik sekali, Perdana Menteri dalam ucapan sulungnya menyeru rakyat supaya mewujudkan suasana harmoni dan menyegarkan kembali perpaduan di bawah semangat bahawa kita semua adalah keluarga Malaysia.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan

Sumber | FB Dr Mohd Zuhdi Marsuki , AJK Kerja PAS Pusat


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo