Responsive Ad Slot

OLIMPIK: Carlin tutup ruangan komen Instagram selepas dikecam

Tangkap layar 'tentera bawang' mula menyerang Instagram pelumba Great Britain
KUALA LUMPUR: Pelumba berbasikal trek Great Britain, Jack Carlin menutup ruangan komen pada akaun Instagram miliknya selepas 'diserang' netizen Malaysia.

Carlin menerima pelbagai kecaman di ruangan komen gara-gara didakwa menjadi punca pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terjatuh dan mengalami kecederaan ketika saringan kedua pusingan pertama acara keirin di Sukan Olimpik 2020, hari ini.

Sama ada 'koyak' atau tertekan dengan kecaman yang diterima, tidak dapat dipastikan apa punca sebenar pelumba berusia 24 tahun itu bertindak menutup ruangan komen di Instagramnya.

Apa yang pasti, dia perlu memastikan mentalnya berada pada tahap terbaik dan mengelak fokusnya terganggu untuk menghadapi perlumbaan peringkat suku akhir, esok.

Carlin ketika ditemubual stesen televisyen swasta, ASTRO Arena selepas perlumbaan berkata dia tiada niat mahu menjatuhkan sesiapa.

"Keirin adalah perlumbaan yang berbahaya, saya menghormati semua pelumba. Setiap orang mahu melakukan yang terbaik dan mara ke peringkat seterusnya.

"Saya sangat gembira melihat dia (Shah Firdaus) kembali (berlumba) dan diharap dia dapat melakukan yang terbaik esok," katanya.

Susulan daripada kemalangan itu, Shah Firdaus terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut selepas dia disyaki patah tulang rusuk.

Walaupun cedera Shah Firdaus kemudian bersaing semula di reperchage sebelum menduduki tempat kedua dan mengiringi Datuk Azizulhasni Awang mara ke suku akhir acara keirin, esok.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bagaimanapun mengesahkan Shah Firdaus tidak mengalami kecederaan berkenaan dan dijangka bertanding esok.

- BH



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo