NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

OLIMPIK: Shah Firdaus kemalangan ketika sedang beraksi

Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terbabit kemalangan ketika perlumbaan peringkat saringan kedua acara keirin pada Sukan Olimpik 2020 di Veledrom Izu, Shizuoka, Jepun. - Foto BERNAMA.
KUALA LUMPUR: Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terbabit dalam kemalangan di pertengahan perlumbaan saringan kedua acara keirin Sukan Olimpik 2020 di Velodrom Izu, Tokyo sebentar tadi.
Pelumba basikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom terjatuh sejurus selepas bergeser dengan pelumba lain di Veledrom Izu, Shizuoka. - Foto BERNAMA

Muhammad Shah Firdaus Sahrom terjatuh sejurus selepas bergeser dengan pelumba lain ketika pertengahan perlumbaan saringan acara keirin di Veledrom Izu. - Foto BERNAMA
Dalam kemalangan itu, Shah dihimpit pelumba Britain, Jack Carlin dan insiden berkenaan turut membabitkan pelumba Kazakhstan, Sergey Ponomaryov.
Shah yang mengalami kecederaan di bahu kiri dan Carlin tidak menyertai saringan semula yang dilakukan namun bangkit menyertai perlumbaan repechages.

Keadaan Muhammad Shah Firdaus Sahrom sejurus selepas terjatuh di Veledrom Izu, Shizuoka. - Foto BERNAMA


- BH

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo