NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nadir berkongsi kisah Siti Sarah berkorban di Palestin

Nadir memuatnaik gambar lembu korban yang ditempah Siti Sarah di Palestin
Allah.

Tersentap kejap bila baca berita daripada @shuibsepahtu tentang pemergian @sitisarahraissuddin 

Saya baru dihubungi Siti Sarah sebelum raya haji lepas untuk beliau ikuti program korban di Gaza kami.

Masa tu saya terkejut bila beliau maklumkan nak korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit, bukan satu bahagian saja, seolah beliau sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir.

Screenshot perbualan antara Siti Sarah dan Nadir untuk urusan korban di Palestin
Selepas itu beliau kerap berhubung dan bertanya tentang keadaan saudara-saudara kita di Palestin.

Rupanya Allah takdirkan, nyawa beliau diambil dalam keadaan beliau memikirkan umat, peduli dengan nasib mereka malah telah didoakan ratusan penduduk di sini yang merasa daging pada tahun ini.

Beruntunglah dikau, diberi syahid sambil didoakan ratusan keluarga syuhada' akhirat di bumi berkat.

Semoga engkau tenang di sana, al-fatihah.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo