NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hijrah : Acuan Perpaduan Umat Masyarakat Majmuk

HIJRAH: ACUAN PERPADUAN UMAT MASYARAKAT MAJMUK

Jangan terlepas pandang dalam mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah. Pelaksanaan realiti perpaduan dalam kalangan umat masyarakat majmuk yang paling berjaya dalam sejarah politik dunia. Kejayaan yang telah menyatukan manusia daripada pelbagai agama dan bangsa, berkonsepkan adil kepada semua dan tiada paksaan beragama.

Rasulullah SAW memilih Yathrib (nama sebelum Islam), sebuah bandar dan kota berpenduduk dalam kalangan pelbagai bangsa dan agama. Masyarakatnya pula terdiri daripada kalangan Arab Musyrikin dan dua kabilah terbesar iaitu Aus dan Khazraj, termasuklah kaum Yahudi yang terdiri daripada suku kaum seperti Bani al-Nadir, Bani Quraizah, Bani Qainuqa’ dan lain-lain. Semua kaum itu dahulunya berpecah sehingga masing-masing berperang sesama mereka.

Rasulullah SAW menolak tawaran para pemimpin Makkah yang mahu melantiknya menjadi raja atau ketua bersama tawaran harta kekayaan, tetapi tanpa mendaulatkan Islam dan mengekalkan jahiliah dan segala warisannya. Hanya beribadat sahaja secara Islam, tanpa dakwah dan tidak ada amar makruf (memerintah berkebajikan) dan nahi munkar (mencegah kejahatan).  

Allah menceritakan fobia mereka terhadap Islam dengan firman-Nya:

﴿ŁˆَŁ‚َŲ§Ł„ُŁˆŲ§ Ų„ِŁ†ْ Ł†َŲŖَّŲØِŲ¹ِ Ų§Ł„ْŁ‡ُŲÆَŁ‰ Ł…َŲ¹َŁƒَ Ł†ُŲŖَŲ®َŲ·َّŁْ Ł…ِŁ†ْ Ų£َŲ±ْŲ¶ِŁ†َŲ§ Ų£َŁˆَŁ„َŁ…ْ Ł†ُŁ…َŁƒِّŁ†ْ Ł„َŁ‡ُŁ…ْ Ų­َŲ±َŁ…ًŲ§ Ų¢Ł…ِŁ†ًŲ§ ŁŠُŲ¬ْŲØَŁ‰ Ų„ِŁ„َŁŠْŁ‡ِ Ų«َŁ…َŲ±َŲ§ŲŖُ ŁƒُŁ„ِّ Ų“َŁŠْŲ”ٍ Ų±ِŲ²ْŁ‚ًŲ§ Ł…ِŁ†ْ Ł„َŲÆُŁ†َّŲ§ ŁˆَŁ„َŁƒِŁ†َّ Ų£َŁƒْŲ«َŲ±َŁ‡ُŁ…ْ Ł„َŲ§ ŁŠَŲ¹ْŁ„َŁ…ُŁˆŁ†َŁ„Ł§﴾ 

“Dan mereka (yang kafir) berkata: ‘Jika kami menuruti petunjuk (Islam) yang kamu bawa itu, nescaya kami dengan serta merta ditangkap dan diusir dari negeri kami (oleh golongan yang menentang).’ Mengapa mereka (berkata demikian)? Bukankah kami telah melindungi mereka dan menjadikan (negeri Makkah) tempat tinggal mereka sebagai tanah suci yang aman, yang dibawa kepadanya hasil tanaman daripada segala jenis, sebagai rezeki pemberian di sisi Kami? Tetapi kebanyakan mereka tidak memikirkan perkara itu untuk mengetahuinya (serta bersyukur).” (Surah al-Qasas: 57)

Yathrib dipilih menjadi tempat melakukan hijrah, apabila para pemimpin dua kabilah terbesar (Aus dan Khazraj) masuk Islam dan berbaiah untuk mengikuti prinsip dan konsep menegakkan negara yang telah dicadangkan. Mereka juga bersedia untuk menerima kedatangan saudara seagama yang datang berhijrah serta mempertahankannya dengan harta dan jiwa raga.

Mereka menerima kepimpinan Rasulullah SAW bukan sahaja sebagai Rasul yang diimani menjadi imam solat, bahkan menjadi imam politik negara bagi melaksanakan Islam seluruhnya secara sempurna. Semuanya diterima dan dilakukan dengan penuh keyakinan kepada janji Allah SWT dan Rasul-Nya, bahawa kemenangan Islam menguasai dunia pasti berlaku. 

Langkah pertama yang diambil setelah berlakunya hijrah ialah perpaduan umat dalam kalangan masyarakat majmuk. Bermula dengan umat Islam daripada bangsanya dengan menyatukan kalangan Muhajirin daripada Quraisy Makkah iaitu kaum Arab yang paling berpengaruh, dengan kabilah Aus dan Khazraj yang dinamakan Ansar  penganut Islam asal Madinah yang berperang pada zaman jahiliah, serta suku kaum yang lain. Firman Allah SWT:

﴿ŁˆَŲ§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų¢Ł…َŁ†ُŁˆŲ§ ŁˆَŁ‡َŲ§Ų¬َŲ±ُŁˆŲ§ ŁˆَŲ¬َŲ§Ł‡َŲÆُŁˆŲ§ ŁِŁŠ Ų³َŲØِŁŠŁ„ِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŁˆَŲ§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų¢ŁˆَŁˆْŲ§ ŁˆَŁ†َŲµَŲ±ُŁˆŲ§ Ų£ُŁˆŁ„َŲ¦ِŁƒَ Ł‡ُŁ…ُ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ¤ْŁ…ِŁ†ُŁˆŁ†َ Ų­َŁ‚ًّŲ§ Ł„َŁ‡ُŁ…ْ Ł…َŲŗْŁِŲ±َŲ©ٌ ŁˆَŲ±ِŲ²ْŁ‚ٌ ŁƒَŲ±ِŁŠŁ…ٌŁ§Ł¤﴾ 

“Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Muhajirin), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan rezeki (limpah kurnia) yang mulia.” (Surah al-Anfal: 74)

Seterusnya disertakan pula dengan kaum bukan Islam yang tidak ekstrem serta tidak senang dengan perpecahan dan peperangan yang berlaku sesama mereka. Di samping itu, disatukan kalangan mereka yang menunggu dan ingin melihat Rasul akhir zaman yang telah disebutkan dalam kitab suci mereka. Allah SWT memberikan keizinan dengan firman-Nya:

﴿Ł„َŲ§ ŁŠَŁ†ْŁ‡َŲ§ŁƒُŁ…ُ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ†ِ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ł„َŁ…ْ ŁŠُŁ‚َŲ§ŲŖِŁ„ُŁˆŁƒُŁ…ْ ŁِŁŠ Ų§Ł„ŲÆِّŁŠŁ†ِ ŁˆَŁ„َŁ…ْ ŁŠُŲ®ْŲ±ِŲ¬ُŁˆŁƒُŁ…ْ Ł…ِŁ†ْ ŲÆِŁŠَŲ§Ų±ِŁƒُŁ…ْ Ų£َŁ†ْ ŲŖَŲØَŲ±ُّŁˆŁ‡ُŁ…ْ ŁˆَŲŖُŁ‚ْŲ³ِŲ·ُŁˆŲ§ Ų„ِŁ„َŁŠْŁ‡ِŁ…ْ  Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁŠُŲ­ِŲØُّ Ų§Ł„ْŁ…ُŁ‚ْŲ³ِŲ·ِŁŠŁ†َŁØ﴾ 

“Allah tidak melarang kalian daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kalian kerana agama (kalian), dan tidak mengeluarkan kalian dari kampung halaman kalian; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (Surah al-Mumtahanah: 8)

Begitu juga, Rasulullah SAW melaksanakan konsep hubungan kemanusiaan sepertimana yang dinyatakan oleh firman Allah SWT:

﴿ŁŠَŲ§ Ų£َŁŠُّŁ‡َŲ§ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų³ُ Ų„ِŁ†َّŲ§ Ų®َŁ„َŁ‚ْŁ†َŲ§ŁƒُŁ…ْ Ł…ِŁ†ْ Ų°َŁƒَŲ±ٍ ŁˆَŲ£ُŁ†ْŲ«َŁ‰ ŁˆَŲ¬َŲ¹َŁ„ْŁ†َŲ§ŁƒُŁ…ْ Ų“ُŲ¹ُŁˆŲØًŲ§ ŁˆَŁ‚َŲØَŲ§Ų¦ِŁ„َ Ł„ِŲŖَŲ¹َŲ§Ų±َŁُŁˆŲ§ Ų„ِŁ†َّ Ų£َŁƒْŲ±َŁ…َŁƒُŁ…ْ Ų¹ِŁ†ْŲÆَ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų£َŲŖْŁ‚َŲ§ŁƒُŁ…ْ Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ Ų¹َŁ„ِŁŠŁ…ٌ Ų®َŲØِŁŠŲ±ٌŁ”Ł£﴾ 

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kalian daripada kalangan lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kalian berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kalian berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kalian di sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa antara kalian, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kalian).” (Surah al-Hujurat: 13)

Kemudian, nama Yathrib ditukar kepada nama Madinah yang berkonsepkan masyarakat madani iaitu sebuah kehidupan bermasyarakat dan bertamadun.

Madinah yang bermaksud bandar menjadi tempat berkumpul seluruh rakyat dan segala keperluan kehidupan dari sudut politik, ekonomi, sosial dan keperluan bertamadun, khususnya dalam aspek ilmu. Perkara ini menepati al-Quran sebagai mukjizat ilmu agama dan urusan kehidupan dunia, serta memuliakan akal yang waras dan kebijaksanaan daripada semua kaum berpandukan hidayah (petunjuk Allah SWT).

Masyarakat majmuk berjaya dijaga hak mereka berpandukan pelaksanaan Sahifah Madinah (Piagam Madinah) yang dimeteraikan bersama. Perkara yang terpenting ialah konsep adil kepada semua termasuklah terhadap musuh berpandukan firman Allah SWT:

﴿Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁŠَŲ£ْŁ…ُŲ±ُŁƒُŁ…ْ Ų£َŁ†ْ ŲŖُŲ¤َŲÆُّŁˆŲ§ Ų§Ł„ْŲ£َŁ…َŲ§Ł†َŲ§ŲŖِ Ų„ِŁ„َŁ‰ Ų£َŁ‡ْŁ„ِŁ‡َŲ§ ŁˆَŲ„ِŲ°َŲ§ Ų­َŁƒَŁ…ْŲŖُŁ…ْ ŲØَŁŠْŁ†َ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų³ِ Ų£َŁ†ْ ŲŖَŲ­ْŁƒُŁ…ُŁˆŲ§ ŲØِŲ§Ł„ْŲ¹َŲÆْŁ„ِ Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ Ł†ِŲ¹ِŁ…َّŲ§ ŁŠَŲ¹ِŲøُŁƒُŁ…ْ ŲØِŁ‡ِ Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁƒَŲ§Ł†َ Ų³َŁ…ِŁŠŲ¹ًŲ§ ŲØَŲµِŁŠŲ±ًŲ§Ł„ŁØ﴾ 

“Sesungguhnya Allah menyuruh kalian supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kalian menjalankan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kalian menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kalian. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” (Surah al-Nisa’: 58)

Firman Allah SWT:

﴿ŁŠَŲ§ Ų£َŁŠُّŁ‡َŲ§ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų¢Ł…َŁ†ُŁˆŲ§ ŁƒُŁˆŁ†ُŁˆŲ§ Ł‚َŁˆَّŲ§Ł…ِŁŠŁ†َ Ł„ِŁ„َّŁ‡ِ Ų“ُŁ‡َŲÆَŲ§Ų”َ ŲØِŲ§Ł„ْŁ‚ِŲ³ْŲ·ِ ŁˆَŁ„َŲ§ ŁŠَŲ¬ْŲ±ِŁ…َŁ†َّŁƒُŁ…ْ Ų“َŁ†َŲ¢Ł†ُ Ł‚َŁˆْŁ…ٍ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų£َŁ„َّŲ§ ŲŖَŲ¹ْŲÆِŁ„ُŁˆŲ§ Ų§Ų¹ْŲÆِŁ„ُŁˆŲ§ Ł‡ُŁˆَ Ų£َŁ‚ْŲ±َŲØُ Ł„ِŁ„ŲŖَّŁ‚ْŁˆَŁ‰ ŁˆَŲ§ŲŖَّŁ‚ُŁˆŲ§ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ  Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ Ų®َŲØِŁŠŲ±ٌ ŲØِŁ…َŲ§ ŲŖَŲ¹ْŁ…َŁ„ُŁˆŁ†َŁØ﴾ 

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kalian menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menjadi saksi dengan adil; dan jangan sekali-kali kebencian kalian terhadap sesuatu kaum itu mendorong kalian untuk tidak berlaku adil. Hendaklah kalian berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kalian lakukan.” (Surah al-Ma’idah: 8)

Dalam pada itu, dilaksanakan konsep tiada paksaan beragama Islam walaupun dakwahnya wajib disampaikan kepada seluruh manusia. Hal ini kerana berpandukan kepada perintah Allah SWT melalui firman-Nya:

﴿Ł„َŲ§ Ų„ِŁƒْŲ±َŲ§Ł‡َ ŁِŁŠ Ų§Ł„ŲÆِّŁŠŁ†ِ...Ł¢Ł„Ł¦﴾ 

“Tiada paksaan dalam agama (Islam)...” (Surah al-Baqarah: 256)

Dan juga firman Allah SWT:

﴿ŁˆَŁ„َŁˆْ Ų“َŲ§Ų”َ Ų±َŲØُّŁƒَ Ł„َŲ¢Ł…َŁ†َ Ł…َŁ†ْ ŁِŁŠ Ų§Ł„ْŲ£َŲ±ْŲ¶ِ ŁƒُŁ„ُّŁ‡ُŁ…ْ Ų¬َŁ…ِŁŠŲ¹ًŲ§ Ų£َŁَŲ£َŁ†ْŲŖَ ŲŖُŁƒْŲ±ِŁ‡ُ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų³َ Ų­َŲŖَّŁ‰ ŁŠَŁƒُŁˆŁ†ُŁˆŲ§ Ł…ُŲ¤ْŁ…ِŁ†ِŁŠŁ†َŁ©Ł©﴾ 

“Dan jika Tuhanmu menghendaki, nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. Maka, apakah kamu pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?” (Surah Yunus: 99)

Menganut Islam itu hendaklah dengan rela hati yang ikhlas yang tidak berlaku dengan paksaan dan kekerasan. Ketaatan kepada kerajaannya dan kepatuhan kepada pemimpin bukan kerana paksaan dan takutkan kezaliman pemimpinnya tetapi kerana adil dan baik hubungannya dengan rakyat. 

Allah menjanjikan negara yang berjaya dengan firman-Nya:

﴿ŁˆَŲ¹َŲÆَ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų¢Ł…َŁ†ُŁˆŲ§ Ł…ِŁ†ْŁƒُŁ…ْ ŁˆَŲ¹َŁ…ِŁ„ُŁˆŲ§ Ų§Ł„ŲµَّŲ§Ł„ِŲ­َŲ§ŲŖِ Ł„َŁŠَŲ³ْŲŖَŲ®ْŁ„ِŁَŁ†َّŁ‡ُŁ…ْ ŁِŁŠ Ų§Ł„ْŲ£َŲ±ْŲ¶ِ ŁƒَŁ…َŲ§ Ų§Ų³ْŲŖَŲ®ْŁ„َŁَ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ł…ِŁ†ْ Ł‚َŲØْŁ„ِŁ‡ِŁ…ْ ŁˆَŁ„َŁŠُŁ…َŁƒِّŁ†َŁ†َّ Ł„َŁ‡ُŁ…ْ ŲÆِŁŠŁ†َŁ‡ُŁ…ُ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠ Ų§Ų±ْŲŖَŲ¶َŁ‰ Ł„َŁ‡ُŁ…ْ ŁˆَŁ„َŁŠُŲØَŲÆِّŁ„َŁ†َّŁ‡ُŁ…ْ Ł…ِŁ†ْ ŲØَŲ¹ْŲÆِ Ų®َŁˆْŁِŁ‡ِŁ…ْ Ų£َŁ…ْŁ†ًŲ§ ŁŠَŲ¹ْŲØُŲÆُŁˆŁ†َŁ†ِŁŠ Ł„َŲ§ ŁŠُŲ“ْŲ±ِŁƒُŁˆŁ†َ ŲØِŁŠ Ų“َŁŠْŲ¦ًŲ§ ŁˆَŁ…َŁ†ْ ŁƒَŁَŲ±َ ŲØَŲ¹ْŲÆَ Ų°َŁ„ِŁƒَ ŁَŲ£ُŁˆŁ„َŲ¦ِŁƒَ Ł‡ُŁ…ُ Ų§Ł„ْŁَŲ§Ų³ِŁ‚ُŁˆŁ†َŁ„Ł„﴾

“Dan Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dalam kalangan kalian (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka yang berkuasa; dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama Islam yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan Dia juga akan mengubah keadaan mereka dalam ketakutan (dengan ancaman musuh) kepada keamanan. Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur (tidak bersyukur) ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq (derhaka).” (Surah al-Nur: 55)

Rasulullah SAW pula menambah janji bahawa kelak pasti akan dapat menjatuhkan dua kuasa besar dunia yang zalim pada zamannya, iaitu Rom dan Parsi yang bertindak menentang Islam.
  
Bahkan, berjaya disingkirkan kumpulan dalam masyarakat yang menolak perpaduan bersama Islam terutamanya daripada kalangan munafiq dan mereka yang lemah imannya yang berada di Madinah. Firman Allah SWT:

﴿ŁˆَŲ„ِŲ°ْ ŁŠَŁ‚ُŁˆŁ„ُ Ų§Ł„ْŁ…ُŁ†َŲ§ŁِŁ‚ُŁˆŁ†َ ŁˆَŲ§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ ŁِŁŠ Ł‚ُŁ„ُŁˆŲØِŁ‡ِŁ…ْ Ł…َŲ±َŲ¶ٌ Ł…َŲ§ ŁˆَŲ¹َŲÆَŁ†َŲ§ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ ŁˆَŲ±َŲ³ُŁˆŁ„ُŁ‡ُ Ų„ِŁ„َّŲ§ ŲŗُŲ±ُŁˆŲ±ًŲ§Ł”Ł¢﴾ 

“Dan (ingatlah) lagi ketika orang-orang munafiq dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: ‘Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja.” (Surah al-Ahzab: 12)

Allah SWT mendedahkan kepercayaan mereka yang sesat dengan menganggap bahawa kemenangan itu adalah bersama bukan Islam dengan meninggalkan Islam atau mengamalkan sebahagian daripada ajarannya. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT:

﴿ŲØَŲ“ِّŲ±ِ Ų§Ł„ْŁ…ُŁ†َŲ§ŁِŁ‚ِŁŠŁ†َ ŲØِŲ£َŁ†َّ Ł„َŁ‡ُŁ…ْ Ų¹َŲ°َŲ§ŲØًŲ§ Ų£َŁ„ِŁŠŁ…ًŲ§Ł”Ł£ŁØ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ ŁŠَŲŖَّŲ®ِŲ°ُŁˆŁ†َ Ų§Ł„ْŁƒَŲ§ŁِŲ±ِŁŠŁ†َ Ų£َŁˆْŁ„ِŁŠَŲ§Ų”َ Ł…ِŁ†ْ ŲÆُŁˆŁ†ِ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ¤ْŁ…ِŁ†ِŁŠŁ†َ Ų£َŁŠَŲØْŲŖَŲŗُŁˆŁ†َ Ų¹ِŁ†ْŲÆَŁ‡ُŁ…ُ Ų§Ł„ْŲ¹ِŲ²َّŲ©َ ŁَŲ„ِŁ†َّ Ų§Ł„ْŲ¹ِŲ²َّŲ©َ Ł„ِŁ„َّŁ‡ِ Ų¬َŁ…ِŁŠŲ¹ًŲ§Ł”Ł£Ł©﴾

“Khabarkanlah kepada orang-orang munafiq bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (138); (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafiq) mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang Mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka, sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya). (139).” (Surah al-Nisa’: 138-139)

Adapun sambutan kepada Islam sehingga ke seluruh pelusuk dan penjuru dunia tidak berlaku dengan paksaan. Telah terbukti masih ada penganut agama bukan Islam dan rumah-rumah ibadat mereka di tengah masyarakat Islam sehingga kini, di negeri yang pernah diperintah oleh Islam, walaupun negaranya sudah dihilangkan oleh penjajah tetapi pengaruh ajaran Islam masih tertanam dalam diri penganutnya yang berilmu bukan yang jahil.

Adapun sejarah peperangan yang berlaku dengan pihak lain apabila mereka bertindak menceroboh kerana takutkan pengaruh Islam masuk ke dalam negara mereka yang zalim. Pendekatan Islam  meneruskan tugas raja yang menerima Islam dan berdamai dengan bukan Islam yang mahukan hubungan yang baik. Bahkan perdamaian adalah keutamaan dalam hubungan antarabangsa yang ditetapkan oleh Allah supaya menerima perdamaian yang diajak ketika berperang sekalipun oleh musuh. Firman Allah:

﴿ŁˆَŲ„ِŁ†ْ Ų¬َŁ†َŲ­ُŁˆŲ§ Ł„ِŁ„Ų³َّŁ„ْŁ…ِ ŁَŲ§Ų¬ْŁ†َŲ­ْ Ł„َŁ‡َŲ§ ŁˆَŲŖَŁˆَŁƒَّŁ„ْ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ  Ų„ِŁ†َّŁ‡ُ Ł‡ُŁˆَ Ų§Ł„Ų³َّŁ…ِŁŠŲ¹ُ Ų§Ł„ْŲ¹َŁ„ِŁŠŁ…ُŁ¦Ł” ŁˆَŲ„ِŁ†ْ ŁŠُŲ±ِŁŠŲÆُŁˆŲ§ Ų£َŁ†ْ ŁŠَŲ®ْŲÆَŲ¹ُŁˆŁƒَ ŁَŲ„ِŁ†َّ Ų­َŲ³ْŲØَŁƒَ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ł‡ُŁˆَ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠ Ų£َŁŠَّŲÆَŁƒَ ŲØِŁ†َŲµْŲ±ِŁ‡ِ ŁˆَŲØِŲ§Ł„ْŁ…ُŲ¤ْŁ…ِŁ†ِŁŠŁ†َŁ¦Ł¢ ŁˆَŲ£َŁ„َّŁَ ŲØَŁŠْŁ†َ Ł‚ُŁ„ُŁˆŲØِŁ‡ِŁ…ْ Ł„َŁˆْ Ų£َŁ†ْŁَŁ‚ْŲŖَ Ł…َŲ§ ŁِŁŠ Ų§Ł„ْŲ£َŲ±ْŲ¶ِ Ų¬َŁ…ِŁŠŲ¹ًŲ§ Ł…َŲ§ Ų£َŁ„َّŁْŲŖَ ŲØَŁŠْŁ†َ Ł‚ُŁ„ُŁˆŲØِŁ‡ِŁ…ْ ŁˆَŁ„َŁƒِŁ†َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ Ų£َŁ„َّŁَ ŲØَŁŠْŁ†َŁ‡ُŁ…ْ Ų„ِŁ†َّŁ‡ُ Ų¹َŲ²ِŁŠŲ²ٌ Ų­َŁƒِŁŠŁ…ٌŁ¦Ł£﴾ 

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka kamu juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (61); Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolongan-Nya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman. (62); Dan (Dialah) yang mempersatukan antara hati mereka (yang beriman itu). Walaupun kamu membelanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan antara hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (63).” (Surah al-Anfal: 61-63)

Kedatangan Islam juga membawa rahmat kepada seluruh alam, bukan hanya kepada manusia dan terhad kepada umat Islam sahaja. Bersama konsep Islam adil kepada semua, ia telah membawa mesej yang menyatukan rakyat dalam masyarakat majmuk di kala Islam dilaksanakan dengan sempurna.

Inilah kejayaan yang dimulakan dengan hijrah Rasulullah SAW yang bersejarah itu. Inilah iktibar yang wajib dijadikan teladan oleh umat Islam, ketika kegagalan teori dan ideologi negara di seluruh dunia pada hari ini. 

Maka, pendekatan berdasarkan acuan hijrah ini perlu diperkenalkan semula di negara kita yang bermasyarakat majmuk. Suatu hakikat dan realiti yang tidak boleh dinafikan, dahulu dipaksa oleh penjajah untuk mengikut strategi menggunakan rakyat tanah jajahan daripada pelbagai agama dan bangsa supaya menjadi masalah bagi kepentingan politik dan ekonomi mereka. 

Khususnya agenda pecah dan perintah (divide and rule), di mana kesannya berpanjangan sehingga kini. Sehinggalah negara kita tetap bermasalah, walaupun dikatakan sudah mengecapi kemerdekaan dan penjajah asing itu sudah pulang ke tanah air mereka. 

Kita perlu menghargai para pemimpin pelbagai kaum yang telah sama-sama menentang penjajah, walaupun berbeza agama dan bangsa serta berpecah dari sudut kefahaman dan anutan mereka. Akan tetapi, semua menanggung nasib sama-sama dijajah dan masing-masing dipergunakan untuk kepentingan penjajah.

Asas yang kukuh diletakkan dalam Perlembagaan negara ketika mencapai kemerdekaan, apabila ditegaskan Islam sebagai agama bagi persekutuan, serta mengiktiraf hak beragama bagi penganut agama lain dan konsep demokrasi. Manakala konsep Raja Berperlembagaan menjadi tonggak yang boleh dilakukan tindakan susulan bagi memperkenalkan acuan perpaduan dalam masyarakat majmuk. 

Justeru itu, PAS, UMNO dan BERSATU yang merupakan tiga parti teras Melayu-Islam dan bumiputera perlu disatukan. Ia bertujuan bagi memimpin perubahan dengan penubuhan Muafakat Nasional (MN), disertakan pendekatan masyarakat majmuk dengan penubuhan Perikatan Nasional (PN) bersama prinsip yang anjal (fleksibel) bagi melakukan perubahan yang positif berikutnya. Pada masa yang sama, tidak menghapuskan rupa bangsa dan budaya masing-masing yang berkonsepkan tiada paksaan beragama dan adil kepada semua. 

Maka, hendaklah disingkirkan langkah negatif yang diambil oleh kalangan penganut Islam yang lemah serta tidak yakin kepada agama sendiri dan rupa bangsa yang menjadi ketetapan Allah SWT. Kemudian diikuti dengan kumpulan bukan Islam yang ekstrem sehingga boleh merosakkan kaum mereka sendiri, bukan sahaja hubungan antara kaum dan agama. 

Kita juga dapat menyaksikan bagaimana negara yang lebih besar telah membatalkan kedudukan Islam dalam perlembagaan dan menghapuskan sistem beraja. Sehingga ada dalam kalangan yang ekstrem dibunuh, memaksa masyarakat majmuk untuk menghapuskan bangsa dan bahasa lain daripada penduduk asalnya. Mereka dipaksa menukar nama diri dan tidak membenarkan bahasa kaum masing-masing digunakan, sehingga gagal menyatukan rakyat sendiri. Semua perkara tersebut sudah cukup untuk menjadi iktibar yang mewajibkan kita memperkenalkan acuan Islam bersama pelaksanaan hijrah. 

Penganut Islam sendiri terlebih dahulu perlu kembali kepada agamanya dengan perpaduan umat satu agama dan bangsa dengan menolak sebarang agenda peribadi dan kumpulan yang sempit kerana boleh merosakkan peranan Islam yang wajib memimpin. 

Manakala golongan bukan Islam perlu sedar betapa kedudukan mereka lebih baik daripada rakan mereka di negara lain yang dipaksa menukar rupa bangsa, nama bukan dalam bahasanya dan tidak membenarkan bahasa kaumnya dipelajari. Suatu langkah yang memaksa fitrah mereka dirosakkan. Firman Allah SWT:

﴿ŁˆَŁ…ِŁ†ْ Ų¢ŁŠَŲ§ŲŖِŁ‡ِ Ų®َŁ„ْŁ‚ُ Ų§Ł„Ų³َّŁ…َŲ§ŁˆَŲ§ŲŖِ ŁˆَŲ§Ł„ْŲ£َŲ±ْŲ¶ِ ŁˆَŲ§Ų®ْŲŖِŁ„َŲ§Łُ Ų£َŁ„ْŲ³ِŁ†َŲŖِŁƒُŁ…ْ ŁˆَŲ£َŁ„ْŁˆَŲ§Ł†ِŁƒُŁ…ْ Ų„ِŁ†َّ ŁِŁŠ Ų°َŁ„ِŁƒَ Ł„َŲ¢ŁŠَŲ§ŲŖٍ Ł„ِŁ„ْŲ¹َŲ§Ł„ِŁ…ِŁŠŁ†َŁ¢Ł¢﴾ 

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan kebijaksanaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi, dan perbezaan bahasa dan warna kulit kalian. Sesungguhnya hal yang demikian itu benar-benar mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.” (Surah al-Rum: 22)

ABDUL HADI AWANG 
Presiden PAS       

Bertarikh: 30 Zulhijjah 1442 / 9 Ogos 2021



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo