Responsive Ad Slot

Kula dakwa ditawar jawatan menteri, wang supaya sokong PN


IPOH: Bekas Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran mendakwa ditawarkan jawatan sebagai menteri dan sejumlah wang untuk menukar sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Kulasegaran mendakwa, tawaran yang turut melibatkan ganjaran lain itu diterima melalui aplikasi WhatsApp di telefon bimbit milik Setiausaha Sulitnya, Jeremy Chuah, semalam.

Katanya, individu sama juga pernah cuba menghubunginya menerusi panggilan namun tidak dilayan sebelum bertindak menawarkan tawaran tersebut melalui Jeremy.

“Individu tidak dikenali itu menawarkan ganjaran berupa wang dan kedudukan sebagai menteri serta peruntukan penuh untuk Parlimen Ipoh Barat.

“Mesejnya yang menyebut harga durian runtuh RM30 juga dipercayai membawa maksud RM30 juta untuk saya sekiranya bersetuju dengan tawaran berkenaan (menyokong PN),” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Ipoh Barat itu, tawaran yang diterimanya itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana PN kini dalam keadaan terdesak hingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.

- Utusan



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo