NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KJ mohon maaf secara terbuka dan rakam penghargaan kepada semua pihak


PUTRAJAYA, Ogos 15: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin hari ini tampil memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia sekiranya terdapat kekurangan sepanjang berkhidmat sejak 10 Mac tahun lalu.

Menerusi dua rakaman video versi bahasa Melayu dan Inggeris masing-masing berdurasi 8 minit 45 saat dan 7 minit 12 saat itu, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak.

“Saya mengambil peluang di sini untuk memohon maaf kepada sesiapa yang ada pengalaman buruk dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak dilancarkan kerajaan.

“Namun saya berjanji akan terus lagi belajar, menambah baik dan berjuang untuk keadaan lebih sempurna selepas ini,” kata Menteri Teknologi, Sains dan Inovasi menerusi hantaran itu.

Nada agak sayu beliau yang juga Menteri Penyelaras PICK ketika berucap itu menimbulkan spekulasi adakah ini adalah hari terakhir Khairy, 45, bertugas secara rasmi sebagai menteri.

Tidak pula dipastikan sama ada penampilan beliau itu seperti memberi isyarat awal pengundurannya susulan spekulasi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

Berdasarkan peruntukan Perlembagaan, peletakan jawatan ketua kerajaan akan melibatkan kesemua anggota jemaah Kabinet yang kehilangan jawatan masing-masing secara automatik.

Khairy dalam pada itu memberi jaminan, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) akan memberi perkhidmatan terbaik dengan sasaran 50 peratus dewasa lengkap dua dos pada akhir bulan ini.

Khairy turut meminta masyarakat tidak berasa bimbang dengan insiden suntikan kosong yang ditularkan kerana ia hanya kes terpencil selain isu kesesakan di pusat pemberian vaksin.

Pada masa yang sama ujarnya, Institut Penyelidikan Perubatan, Kementerian Kesihatan akan menerbitkan laporan mengenai tahap antibodi individu pasca vaksinasi dalam waktu terdekat.

“Begitu juga program imunisasi untuk pelajar sekolah berusia 12 tahun sehingga 17 tahun akan dimaklumkan minggu depan agar ibu bapa dapat melakukan persiapan lebih awal,” jelasnya.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo