NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muhyiddin, Pengerusi SPR, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara dijadual menghadap Agong Esok


KUALA LUMPUR, Ogos 15: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan menghadap Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara jam 12.30 tengah hari esok bagi mempersembahkan keputusan meletak jawatan beliau kepada Tuanku Agong, menurut sumber dalaman.

Sumber yang sama telah memberitahu bahawa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Peguam Negara dijadualkan menghadap Tuanku Agong pada jam 11.00 pagi.

Manakala Ketua Polis Negara bersama timbalannya dan Ketua Cawangan Khas pula akan menghadap Tuanku Agong pada jam 3.00 petang.

Siri perjumpaan Tuanku Agong bersama Pengerusi SPR, Ketua Polis Negara dan Peguam negara menimbulkan persoalan kemungkinan Parlimen dibubarkan bagi membolehkan kerajaan baru dipilih dengan mandat baru rakyat.

Sudah pasti hari Isnin esok akan menjadi hari yang penuh mustahak di dalam kalendar politik negara.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo