NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ketua UMNO Wangsa Maju pula letak jawatan Ahli Lembaga Pengarah LTAT

Datuk Seri Dr. Mohd. Shafei Abdullah
PETALING JAYA: Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr. Mohd. Shafei Abdullah meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Peletakan jawatan pemimpin UMNO dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu adalah ketiga selepas Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meletak jawatan sebagai Pengerusi Boustead Holding Berhad dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd. Razlan Rafii sebagai Ahli LTAT.

Perkara itu dimaklumkan oleh Mohd. Shafei menerusi sepucuk surat bertarikh 4 Ogos kepada Pengerusi lembaga berkenaan.

Kata Mohd Shafei, beliau berbuat demikian sebagai mentaati keputusan UMNO yang menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan lalu.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana melantiknya sebagai Ahli Lembaga LTAT.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama sepanjang berada di LTAT.

“UMNO sebagai parti yang menjunjung kedaulatan raja-raja Melayu dan meletakkan rakyat sebagai keutamaan sedang diabaikan oleh Perdana Menteri,” katanya dalam surat itu. –

UTUSAN ONLINE


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo