NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan gerakkan misi Bantuan Kemanusiaan ke Kedah.




oleh Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM – Susulan bencana fenomena kepala air di Gunung Jerai, 18 Ogos lalu, Kerajaan Negeri Kelantan menghantar Misi Bantuan Kemanusiaan ke Kedah.

Majlis pelepasan misi bantuan membabitkan konvoi empat buah kenderaan pacuan empat roda, dua buah lori dan 17 ahli rombongan itu disempurnakan Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob, hari ini.

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Dato’ Mumtaz Md Nawi mewakili Menteri Besar ke sana berkata, bantuan ini diharap dapat membantu meringankan beban 1800 mangsa terlibat.

Tambahan pula, tragedi itu berlaku pada masa penularan pandemik COVID-19 yang masih tinggi.

“Bantuan Kerajaan Kelantan berbentuk tunai RM100 ribu, manakala peralatan harian seperti periuk nasi, telekung solat dan pensanitasi tangan adalah sumbangan orang ramai melalui Tabung Banjir Kedah bernilai hampir RM50 ribu”, kata Dato’ Mumtaz sejurus majlis pelepasan.

Tambahnya, bantuan tersebut bertepatan dengan penghayatan ibrah Hijratul Rasul yang menitikberatkan semangat persaudaraan.

"Kita zahirkannya melalui Misi Bantuan Kemanusiaan Banjir Kilat Kedah", ujarnya dan turut berterima kasih kepada seluruh rakyat Kelantan yang dermawan.

Seterusnya, beliau memaklumkan konvoi pasukan dijangka membuat serahan sumbangan di Wisma Darul Aman yang akan disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah sebelum diagihkan ke kawasan terkesan.

Delegasinya diiringi Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohd Asri Mat Daud, Pengarah Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa), Ilvira Mohd Dasuki dan pegawai serta pihak Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Kelantan (MESRA).

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo