NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dos penggalak tidak bantu kawal varian Delta - Dr Noor Hisham



KUALA LUMPUR: Pemberian dos penggalak (booster dose) kepada mereka yang lengkap divaksinkan tidak akan membantu mengawal penularan Varian Delta.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bagaimanapun penularan varian Delta dapat dikawal dengan memberi vaksin kepada mereka yang belum divaksinkan.

"Kita mesti meningkatkan liputan vaksin dalam negara terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan dos penggalak.

"Tiada sesiapa yang selamat sehingga semua orang selamat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu media melaporkan kajian baharu mengenai varian membimbangkan (VOC) Delta mendapati bahawa ia boleh membiak di dalam hidung individu yang sudah mendapat suntikan vaksin.

Keadaan itu disifatkan sama seperti individu yang belum divaksinasi.


Dr Noor Hisham dipetik berkata, kajian awal terhadap satu kes jangkitan mendapati, varian Delta itu membiak di hidung orang yang sudah divaksinasi seolah-olah individu berkenaan belum mendapatkan vaksin.

"Virus yang membiak itu sama penularannya kepada orang yang tidak divaksinasi. Ini bermaksud individu yang sudah divaksin tetap dapat menyebarkan virus berkenaan serta menjangkiti orang lain," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/856041/dos-penggalak-tidak-bantu-kawal-varian-delta-dr-noor-hisham

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo