NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ford Raptor tular bukan milik saya - Sanusi

Sintok: Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor hari ini, mendedahkan gambar Ford Raptor yang tular baru-baru ini, adalah milik seorang kenalan yang kemudian ditawar kepadanya untuk disewa.

Jelasnya, selepas kejadian beliau dilihat hadir di sebuah pusat pameran kenderaan di Juru, Pulau Pinang, Jun lalu, kenalan terbabit berpandangan ada keperluan membeli kenderaan pacuan empat roda (4WD) itu.


"Saya boleh sahkan kereta itu bukan kereta saya dan tempat parkir itu bukan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Jeneri. Ada kenalan beli dan suruh saya sewa, dia tawarkan tapi saya kata tengok harga, kalau harga elok saya sewa.

"Saya ada satu 4WD, tapi saya serah kepada PKWR Jeneri untuk diguna petugas menghantar bakul makanan di Sik. Saya hantar banyak tempat dan memang ada keperluan guna 4WD," katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, hari ini.

Semalam, beliau tidak mengesahkan siapa pemilik Ford Raptor terbabit dan meminta pihak berkaitan menyemak dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai pemilik sebenar 4WD yang didakwa dipakir di suatu kawasan di negeri ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, beliau agak terkilan kerana perkara kecil yang tidak berkaitan pentadbiran menjadi fokus menyebabkan pihaknya terpaksa membuang masa bagi memperbetulkan persepsi berkenaan.

"Menteri Besar ini sepatutnya dilihat pada prestasi kerja, tunai tanggungjawab atau tidak? Ada orang jadi Menteri Besar berpuluh tahun tapi prestasi kerja tak dapat diukur. Saya baru setahun tapi boleh ukur hasil kerja saya.

"Dari segi pelaburan, tambah baik pentadbiran dan dapat bayar hutang negeri. Kita bayar hutang Syarikat Air Darul Aman (SADA) RM147 juta, hutang Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) RM30 juta dan kita simpan duit ratusan juta," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan peti sejuk beku jenazah mangsa Covid-19 semalam, beliau meminta maaf kepada pihak yang tersinggung dan ia sekadar gurauan bersama media saja.

"Kepada pihak yang tersinggung dengan gurauan itu saya minta maaf, saya ingin menyatakan saya hanya bergurau dengan adik wartawan yang sudah jadi sebahagian keluarga saya, mereka tahu karakter saya.

"Oleh kerana dirakam kamera, ramai yang menghantar mesej mencela. Tapi saya terima sebagai adat dalam kerjaya, ada yang suka ada yang benci, tapi saya sayang semua orang," katanya.

- HMetro


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo