Responsive Ad Slot

COVID-19 : Shi Zhengli, penyelidik terkenal China beri amaran varian baharu lebih ganas

SHI yang menerima gelaran ‘wanita kelawar’ kerana dedikasinya meneliti virus pada haiwan itu selama 16 tahun. FOTO AFP
Wuhan: Penyelidik terkenal di makmal Wuhan, China memberi amaran varian baharu Covid-19 lebih 'ganas' dengan jumlah kematian lebih tinggi akan muncul.

Shi Zhengli menerima gelaran 'wanita kelawar' kerana dedikasinya meneliti virus pada haiwan itu selama 16 tahun.

Media China, People's Daily melaporkan wanita itu menjadi antara seorang penyelidik ternama yang menemui puluhan jenis virus korona dalam gua kelawar.

Namanya dikenali kerana menjadi orang pertama yang membongkar mengenai genom SARS-Cov-2 yang pertama kali dikesan pada Disember 2019.

Dalam wawancara terbaru, Shi memberi amaran kepada dunia varian baharu Covid-19 akan muncul dengan jumlah kematian lebih besar.

"Jumlah kes jangkitan terlalu besar, memungkinkan korona untuk bermutasi. Varian baharu akan terus muncul," kata Shi.

Kenyataan Shi itu dibuat berikutan muncul dakwaan terbaru mengatakan varian baharu akan membunuh lebih satu pertiga yang dijangkiti sekarang.

Dokumen yang disenaraikan oleh Scientific Advisory Group for Emergencies (Sage) menyatakan, corak virus corona di masa depan seperti Sindrom Pernafasan Koronavirus Timur Tengah (MERS-CoV).

Panel yang menjadi penasihat pandemik itu mengatakan, mutasi itu berlaku berkemungkinan kerana virus itu sudah berada di serata dunia.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo