NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Belum sampai 24 jam angkat sumpah Perdana Menteri, MKT UMNO sudah serang Muhyiddin

Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan merupakan bekas Ahli Parlimen Kota Belud
Belum pun sampai 24 Jam Datuk Seri Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 9, Datuk Seri Rahman Dahlan,  MKT Umno nampaknya sudah pun menyanggah kenyataan Muhyiddin.

Ini gara-gara tulisan Muhyiddin yang menulis kerajaan sekarang adalah kerajaan Perikatan Nasional.

Tindakan Rahman dilihat suatu tindakan yang dilihat tidak cerdik oleh netizen dan boleh mencetus krisis politik yang lebih teruk di masa hadapan. 

Istana Negara pada Khamis menerima pencalonan Perdana Menteri daripada 220 ahli Dewan Rakyat menerusi surat akuan.

Pelantikan Ismail Sabri selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ismail Sabri pada khamis lepas mendapat 144 pencalonan. Jumlah sokongan itu terdiri daripada Umno sebanyak 37 Ahli Parlimen, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (31), Pas (18), Gabungan Parti Sarawak (18), Bebas (empat), MCA (dua) dan masing-masing satu daripada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (Star).

Jumlah majoriti mudah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan adalah 111 kerusi daripada 220 ahli Dewan Rakyat.

Berikut merupakan tulisan MKT Umno, Dato Rahman Dahlan.


“Alhamdullilah YAB DS Ismail Sabri telah dilantik menjadi Perdana Menteri ke-9.

Maka jenama Perikatan Nasional sebagai kerajaan persekutuan berakhir hari ini. Sebelum ini pun BN bukan ahli komponen PN.

Kerajaan dulu ialah gabungan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bukannya kerajaan Perikatan Nasional. Entah siapalah yang memandai-mandai melabelkan kerajaan dulu adalah kerajaan Perikatan Nasional.”



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo