Responsive Ad Slot

Varian Delta boleh membiak dalam hidung individu sudah divaksin- Dr Noor Hisham

Dr Noor Hisham berharap semua orang mengambil suntikan vaksin COVID-19 demi mengelakkan risiko yang lebih tinggi terhadap jangkitan varian Delta itu. - Gambar/ Bernama

KUALA LUMPUR: Bukan sahaja boleh menular dalam tempoh lima hingga 15 saat serta tersebar melalui udara, kajian terkini mendapati varian Delta COVID-19 lebih ganas apabila boleh membiak di dalam hidung individu yang sudah menerima vaksin.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kajian awal terhadap satu kes jangkitan mendapati, varian itu membiak di dalam hidung individu yang sudah divaksinasi seolah-olah dia belum mendapatkan vaksin.

“Virus yang membiak itu sama kadar jangkitannya terhadap orang yang tidak divaksinasi, yang bermaksud orang yang sudah divaksin dapat menyebarkan virus itu dan menjangkiti orang lain.

“Sebelum ini beberapa kajian yang dijalankan di hospital di India, Provincetown, Massachusetts dan Finland juga turut mendapati selepas penularan varian Delta, terdapat banyak virus dikesan di dalam hidung seseorang indvidu itu sama ada mereka diberi vaksin atau tidak,” ujar Dr Noor Hisham menerusi perkongsian di Facebook hari ini.

Jelasnya lagi, meskipun terdapat kemungkinan varian Delta itu boleh menjangkiti orang lain, individu yang divaksin masih dapat dilindungi daripada gejala yang lebih teruk serta kematian, yang sekali gus mengurangkan kemasukan pesakit ke hospital dan penggunaan ICU.

Oleh itu, Dr Noor Hisham berharap semua orang mengambil suntikan vaksin COVID-19 demi mengelakkan risiko yang lebih tinggi terhadap jangkitan varian Delta itu.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo