Responsive Ad Slot

Annuar, Takiyuddin ucap terima kasih kepada rakyat Malaysia




16 OGOS : Tan Sri Annuar Musa memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas segala kekhilafan yang dilakukan sepanjang beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Bekas jemaah menteri itu menzahirkan memahami dan sedar kekurangan diri sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh mendoakan kesejahteraan yang berkekalan buat semua warga Wilayah Persekutuan.

“Saya insan biasa yang tentunya tidak sunyi dari kesilapan. Oleh itu, saya memohon ampun dan maaf atas segala segala kesilapan, kelemahan dan kekurangan ketika berkhidmat. Semoga warga Wilayah Persekutuan tanpa mengira kaum dan agama serta status kehidupan terus dijaga dan dibela.

“Semoga Wilayah Persekutuan dilindungi Allah, dikurniakan ketahanan dan imuniti menghadapi penularan virus COVID-19 dan lainnya. Semoga kehidupan ekonomi, sosial dan keselamatan Wilayah Persekutuan terus pulih,” katanya.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, reda dengan takdir dan ketentuan Allah SWT bahawa beliau dan anggota Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) terpaksa meletakkan jawatan berkuatkuasa mulai hari ini kerana sudah kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Bekas Perdana Menteri itu menegaskan, mereka terpaksa berbuat demikian kerana ada pihak yang lebih rakus untuk merebut kuasa daripada menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyak dan ekonomi negara.

Pada masa sama, Annuar memaklumkan keputusan yang di ambil Kabinet sentiasa menghormati dan mematuhi undang-undang dan Perlembagaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, semua keputusan dibuat secara bersama dan semua kekal tenang serta berlapang dada.

“Asas pertimbangan paling utama adalah kesejahteraan rakyat. Kepada rakyat kita berkhidmat hingga ke garis penamat,” katanya dalam satu hantaran di Instagram beliau, hari ini.

Sementara itu, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, merakamkan ucapan terima kasih atas peluang menganggotai Kabinet dan menabur bakti sepanjang 17 bulan dilantik sebagai menteri sejak 10 Mac tahun lalu

Menurut beliau, pengunduran seluruh anggota Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini dilakukan atas dasar tanggungjawab bersama dan bukan menanggung kesalahan bersama.

“Pengunduran atas ‘collective responsibility’ (tanggungjawab bersama), bukan ‘collective guilt’ (kesalahan bersama).

“Terima kasih atas segalanya, yang pahit menjadi ubat, yang manis menjadi pengubat. Negara selamat semua terubat,” katanya menerusi ciapan di Twitter miliknya, hari ini. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

http://www.pnbbcportal.com/2021/08/16/annuar-takiyuddin-ucapterima-kasih-kepada-rakyat-malaysia/


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo