Responsive Ad Slot

5 fakta menarik taqwim hijrah



Sempena dengan kedatangan Muharam tahun 1443 H, maka kami kongsikan 5 fakta menarik berkaitan taqwim Hijrah yang telah digunakan oleh umat Islam. 5 fakta menarik tersebut ialah :-

1. Taqwim Hijrah adalah taqwim yang disusun berdasarkan sistem Qamariyah (lunar calendar) yang disusun berdasarkan pusingan purata bulan mengelilingi bumi iaitu 29.530589 hari ( 29h 12j 44m 02.89s) yang bersamaan dengan tempoh setahun jumlah harinya ialah 354.367068 hari (354 hari 8 jam 40 minit 34.67 saat).

2. Hari Rabu 20 Jamadil Akhir 17 Hijrah bersamaan 10 Jun 638 M adalah tarikh bersejarah kerana pada tarikh inilah Khalifah Umar al-Khattab R.A dan para sahabat telah bersetuju taqwim yang akan digunakan oleh umat Islam selepas ini adalah berdasarkan tahun Hijrah Baginda S.A.W ke Yathrib ( Madinah ) .

3, Menurut Sheikh Tahir Jalaluddin Baginda S.A.W sampai di Madinah ( Quba) pada hari Isnin 9 Rabiul Awwal 1 H bersamaan 20 Sept 622 M. Dengan itu, perhitungan terhadap Taqwim Hijri memperolehi kesepakatan bahawa 1 Muharram tahun 1 Hijrah jatuh pada hari Khamis 15 Julai 622 M bersamaan tahun 4382 bagi kiraan Ibrani, 933 pada kalendar Alexander the Macedon dan 1375 pada kiraan Roman.

4. Umat Islam kekal menggunakan sistem taqwim Qamariyah (lunar calendar) yang tulen berbanding lain-lain taqwim yang menggunakan sistem taqwim Qamariyah, seperti Taqwim Hindhu dan China yang telah mengalami percampuran dengan sistem taqwim Syamsiah sehingga taqwim mereka dikenal sebagai luni-solar.

5. Hari ini, umat Islam satu-satunya umat yang melakukan cerapan hilal pada setiap bulan atau sekurang-kurangnya pada 3 bulan utama bagi menentukan permulaan awal bulan iaitu Ramadan, Syawal dan Zulhijjah yang berkait rapat dengan ibadat umat Islam.

SEMOGA BERMANFAAT.
JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo