NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPRM serius siasat tohmahan, temui tiga ahli Parlimen DAP



KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius tohmahan bahawa beberapa orang ahli Parlimen DAP ditawarkan rasuah seperti wang dan jawatan menteri oleh sesetengah pihak supaya menyokong Kerajaan Perikatan Nasional. (PN).

SPRM dalam kenyataannya di sini berkata, pihaknya telah menemui tiga ahli Parlimen berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Setakat ini, SPRM sedang mengenal pasti identiti sebenar pemilik nombor telefon yang menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp tersebut kepada ahli-ahli Parlimen berkenaan.

Bagaimanapun SPRM memberi jaminan siasatan akan diteruskan dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Majlis Presiden Pakatan Harapan meminta SPRM supaya menyiasat tawaran tukar sokongan yang dibuat kepada sekurang-kurangnya tujuh Ahli Parlimennya.

Katanya, tujuh ahli Parlimen berkenaan ialah Ahli Parlimen Rasah, Kota Melaka, Ipoh Barat, Kulim Bandar Baharu, Setiawangsa, Kuala Kedah dan Alor Setar.

Kenyataan itu berkata SPRM perlu mengambil tindakan secara serius, memandangkan kejadian-kejadian serupa pernah berlaku kepada ahli-ahli Parlimen Pembangkang sebelum ini.

Sekiranya SPRM gagal berbuat demikian ini hanya membuktikan dakwaan bahawa agensi Kerajaan diperalatkan sebagai senjata politik demi survival politik pihak tertentu dan bukannya mendaulatkan undang-undang.

Dalam perkembangan berasingan, SPRM Perak akan memanggil Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran dalam masa terdekat untuk membantu siasatan berhubung pendedahannya mengenai tawaran wang RM30 juta dan jawatan sebagai menteri.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd. Fauzi Mohamad berkata, selain Kulasegaran, Suruhanjaya itu juga akan memanggil setiausaha sulitnya, Jeremy Chuah untuk dirakam percakapan.

– BebasNews


............oo000oo...........
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo