Responsive Ad Slot

31 Ogos Mampir Lagi


Tarikh keramat itu
Tak pernah
mungkir janji. 
Merakam episod
Suka duka.
Darah dan airmata
Pejuang bangsa.
Sejak Datuk Bahaman
Tok Janggut dan Mat Kilau.
Meniup api perjuangan
Menentang penjajah pertiwi.

Detik waktu berlalu.
Negara ini tetap merdeka.
Ungkapan merdeka dilaung
Ke seluruh penjuru alam.
Walau rakyat jelata
Bergelut dengan
Kelaparan.
Walaupun rakyat marhaen 
Dihimpit kemiskinan. 
Walaupun ada yang berduka 
Diuji kehilangan insan tersayang. 
Diduga ujian berat. 
Takdir kematian
Yang tak memilih sesiapa

Merdeka tetap mampir. 
Walau sambutannya
Di hotel lima bintang. 
Meneguk air syaitan
Berpeleseran tanpa silu. 
Nafsu serakah bermaharajalela. 
Di mana-mana gah sambutan
Beginikah muda mudi 
Zaman millenium
Mentafsir bebasnya kemerdekaan.

Merdeka tetap disambut.
Sedang pemimpin sibuk bertingkah.
Siapa lebih layak menjadi pemimpin?
Siapa lebih baik di mata dunia?
Barangkali
Pemimpin juga terlupa.
Jangan ego dan hipokrit
Mengejar jawatan.
Dan kedudukan.
Segalanya 
Akan diadili nanti.

Kemerdekaan kali ini.
Kembalilah mengenal diri.
Sujud dan syukur
Pada ilahi.
Seorang anak jangan sesekali derhaka.
Seorang suami
Didiklah isteri agar solehah.
Seorang isteri
Taatlah pada suami.
Seorang ayah dan ibu.
Asuh putera puterimu .
Agar beriman dan bertakwa. 
Seorang guru jangan pernah jemu membina jatidiri anak didikmu. 
Seorang pemimpin
Berpijaklah di bumi nyata. 
Seorang ulamak sentiasalah meniupkan roh keinsafan. 
Justeru 
Merdeka kita seketika cuma
Di akhirat segalanya menanti...

Merdeka mampir lagi. 
Semoga rentetan. 
Doa dan harapan
Dari suara hati kecil ini. 
Bisa menyatukan kembali
Seluruh warga tercinta. 
Jangan bertangguh walau sesaat. 
Kembalilah sujud dan tunduk
Menjadi mukmin sejati. 
Agar syurga menanti kita di sana nanti

Ust Md Ali Jamil 
Jumaat. 2.00 pagi 
18 Muharram 1443 
27 Ogos 2021.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo