NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: Afrika Selatan temui virus baharu, mutasi lebih tinggi

Afrika Selatan antara negara paling teruk dilanda pandemik COVID-19 dengan lebih daripada 2.7 juta kes dilaporkan setakat ini. - Foto AP
JOHANNESBURG: Saintis di Afrika Selatan kini sedang memantau varian terbaru COVID-19 dengan kadar mutasi yang luar biasa tinggi dan kekerapannya beransur-ansur meningkat dalam tempoh beberapa bulan terakhir, menurut Institut Nasional Penyakit Berjangkit, semalam.

Varian dikenali sebagai C.1.2 itu ditandai pada minggu lalu oleh 'KwaZulu-Natal Research and Innovation and Sequencing Platform' dalam kajian pra cetak yang belum dikaji semula.

Walaupun sebilangan besar kes COVID-19 di Afrika Selatan pada waktu ini disebabkan oleh varian Delta, yang pertama kali dikesan di India, varian baharu C.1.2 menarik perhatian saintis kerana mutasinya hampir dua kali lebih pantas daripada yang diperhatikan dalam varian global yang lain.

Kekerapannya tetap rendah, bagaimanapun dan setakat ini ia dikesan kurang daripada tiga peratus genom yang diuraikan sejak pertama kali diambil pada bulan Mei, walaupun sudah meningkat dari 0.2 menjadi 2 peratus bulan lalu.

Saintis NICD semalam memaklumkan, varian C.1.2 hanya 'hadir pada tahap yang sangat rendah' dan terlalu awal untuk meramalkan bagaimana ia dapat berkembang.

"Pada tahap ini kami tidak memiliki data eksperimen untuk mengesahkan, bagaimanapun ia bereaksi dari segi kepekaan terhadap antibodi.

"Tetapi, kami sangat yakin bahwa vaksin yang diberikan di Afrika Selatan akan terus melindungi orang ramai daripada penyakit dan kematian yang lebih parah," kata penyelidik NICD, Penny Moore ketika taklimat media secara maya.

Setakat ini, varian C.1.2 sudah dikesan di sembilan wilayah di Afrika Selatan serta di bahagian lain dunia, termasuk China, Mauritius, New Zealand dan Britain.

Afrika Selatan adalah antara negara paling teruk dilanda pandemik itu dengan lebih 2.7 juta kes COVID-19 dilaporkan setakat ini, iaitu sekurang-kurangnya 81,830 orang meninggal dunia. - AFP


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo