NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Video tersebar, benarkah ada usaha jatuhkan Ebit Lew?

Nama Ebit Lew hangat diperkatakan sejak minggu lalu susulan misi kemanusiannya ke Gaza.
ISU mengenai misi kemanusian pendakwah, Ebit Lew ke Gaza baru-baru ini bagaikan tidak berkesudahan.
Ketika ia masih hangat diperkatakan, timbul pula satu isu lain yang seolah-olah menunjukkan ada usaha pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan beliau.

Terbaharu, tular video memaparkan seorang individu mirip pendakwah itu yang sedang melakukan aksi tidak sopan di atas katil.

Semakan di Twitter dengan carian kata kunci 'Ebit Lew' turut membawa kepada penemuan beberapa tweet yang seolah-olah sedang memperkatakan isu itu.

Bagaimanapun, usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan daripada Ebit masih tidak berhasil.
Semakan di Twitter menggunakan carian kata kunci nama 'Ebit Lew' pada Isnin petang.
Untuk rekod, nama pendakwah itu panas apabila penyanyi rap Caprice mengumumkan akan membuat satu pendedahan mengenai misi kemanusiannya ke Gaza baru-baru ini.

Isu itu semakin panas apabila aktivis badan bukan kerajaan (NGO) di wilayah bergolak itu, Muhammad Nadir Al-Nuri tampil membuat beberapa dakwaan ke atas pendakwah itu sebelum Ebit sendiri tampil membuat penjelasan menerusi sesi live pada Jumaat lalu.

( Hide )
  1. Agen2 yahudi yg berusaha nk jatuhkan beliau bersama2 0rg2 yg hasad dengki..jika bkn beliau nk harap siapa yg lakukan misi bantuan dan luar negara?
    Harsp yg kaya dan pandai becakap pandai bersyarah??hampeh

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo