NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Usul Anwar di tolak kerana dihantar sebelum notis.

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, menolak usul dikemuka Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya Proklamasi Darurat serta ordinan-ordinannya dibahas di Parlimen.
Dalam surat jawapan kepada Ahli Parlimen Port Dickson itu, Azhar menjelaskan, antara sebab penolakan itu antaranya ialah ketika usul dikemukakan, pemberitahuan sidang khas belum diedarkan, yang mana ia hanya diedar pada 15 Julai.

"Maka, usul YB tidak teratur kerana sudah dikemukakan sebelum pemberitahuan itu diedarkan," katanya.

Azhar Azizan juga berkata, Peraturan Mesyuarat 11(3) secara jelasnya memperuntukkan urusan semasa sidang khas hendaklah ditentukan Perdana Menteri.

"Dalam hal ini, usul YB tidak terjumlah dibawah urusan sidang khas yang sudah ditetapkan," katanya dalam jawapan surat bertarikh semalam itu.

Selain itu, beliau mendapati, Anwar juga sudah merangkumkan beberapa isu yang berlainan dalam satu usul.

"Ini menyebabkan pengerusi tidak dapat mengemukakan masalah kepada mesyuarat bagi diputuskan. Perkara ini adalah tidak bertepatan dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 33(1) dan 46(3).

"Saya juga berpandangan, usul YB adalah bercanggah dengan perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan. Di atas sebab-sebab itu, saya menolak usul YB dan keputusan saya adalah muktamad," katanya.

Anwar pada 12 Julai lalu mengemukakan usul kepada Dewan Rakyat supaya Proklamasi Darurat serta ordinan-ordinannya tidak hanya dibentang, tetapi turut dibahas dalam sidang berkenaan.

Menerusi pemberitahuan bersurat yang dikongsikan di media sosial beliau, Anwar turut mahu segala hal berkaitan pandemik COVID-19 termasuk program vaksinasi, perbelanjaan dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibahaskan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo