NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS teguh bersama Muhyiddin


29 JULAI: PAS berpendirian teguh dengan terus bersama-sama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mendokong semua keputusan Jemaah Menteri.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya juga tegas mendokong sistem Raja Berperlembagaan dalam kerangka keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

“PAS menyeru semua pihak untuk kekal bersatu padu dan mengenepikan politiking dalam menguruskan negara ketika situasi pandemik COVID-19 .

“Kestabilan politik serta perpaduan rakyat sangat diperlukan dalam menghadapi ancaman pandemik,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, menerusi kenyataan Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong belum memberi perkenan pembatalan semua Ordinan Darurat seperti kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat, Isnin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan, Seri Paduka Baginda mengesahkan bahawa kenyataan Menteri di Parlimen pada Isnin lalu tidak tepat dan telah mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Sehubungan itu, Baginda menegaskan bahawa Ahli-ahli Parlimen supaya memberikan keutamaan kepada kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta negara pada sesi sidang Parlimen yang kini sedang berlangsung untuk mencari penyelesaian terhadap pelbagai masalah yang dihadapi rakyat dan negara ketika krisis pandemik COVID-19 ini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan hari ini turut mengesahkan bahawa lebih 110 Ahli Parlimen masih bersama dan memberikan sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

http://www.pnbbcportal.com/2021/07/29/pas-teguh-bersama-muhyiddin/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo