NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Setuju 5 Hari Sidang Dewan Rakyat Mulai 26 Julai

Kerajaan hari ini bersetuju untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya persidangan khas Dewan Rakyat bagi penggal ketiga diadakan selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos depan.

Sementara itu, kenyataaan Pejabat Perdana Menteri (PMO) turut mengumumkan penetapan 3 hingga 5 Ogos depan untuk sidang Dewan Negara.

“Mesyuarat ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada ahli-ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan meminda semua perundangan dan peratura bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.

“Mesyuarat ini akan diadakan mengikut SOP yang ditentukan oleh Majlis Kesleamatan Negara dan kementerian kesihatan Malaysia (KKM),” kata PMO dalam kenyataan selepas mesyuarat MKN hari ini.

Menurut PMO juga, nota jemaah menteri telah diedar secara berutus kepada jemaah menteri untuk makluman keputusan berhubung sidang Parlimen.

- MalaysiaNow

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo