NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Iktikaf (Bahagian akhir)

IKTIKAF
Bahagian 4

IKTIKAF DALAM KEADAAN BERPUASA

Disunatkan orang yang beriktikaf itu dia melakukan ibadah puasa yakni beriktikaf dalam keadaan berpuasa.

Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari :

ŁŠُŲ³ْŲŖَŲ­َŲØُّ Ł„ِŁ„ْŁ…ُŲ¹ْŲŖَŁƒِŁِ Ų§Ł„ŲµَّŁˆْŁ…ُ) Ł„ِŁ„ِŲ§ŲŖِّŲØَŲ§Ų¹ِ Ų±َŁˆَŲ§Ł‡ُ Ų§Ł„Ų“َّŁŠْŲ®َŲ§Ł†ِ ŁˆَŁ„ِŁ„ْŲ®ُŲ±ُŁˆŲ¬ِ Ł…ِŁ†ْ Ų®ِŁ„َŲ§Łِ Ł…َŁ†ْ Ų£َŁˆْŲ¬َŲØَ Ų§Ł„ŲµَّŁˆْŁ…َ ŁِŁŠ Ų§Ł„ِŲ§Ų¹ْŲŖِŁƒَŲ§Łِ

Artinya : “Disunatkan bagi orang yang beriktikaf itu berpuasa kerana mengikut akan sunnah Nabi saw yang telah meriwayatkannya olih Imam Bukhari dan Muslim dan kerana keluar dari perselisihan mereka yang mengatakan dengan wajib berpuasa pada ketika iktikaf.” (Kitab Asnal Matalib)

Tidak disyaratkan ketika melakukan iktikaf itu berpuasa kerana sah iktikaf seorang yang meninggalkan puasa.

Berkata Imam As-Syairazi :

ŁˆŲ§Ł„Ų£ŁŲ¶Ł„ Ų£Ł† ŁŠŲ¹ŲŖŁƒŁ ŲØŲµŁˆŁ… Ł„Ų£Ł† Ų§Ł„Ł†ŲØŁŠ ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł… ŁƒŲ§Ł† ŁŠŲ¹ŲŖŁƒŁ ŁŁŠ Ų“Ł‡Ų± Ų±Ł…Ų¶Ų§Ł† ŁŲ„Ł† Ų§Ų¹ŲŖŁƒŁ ŲØŲŗŁŠŲ± ŲµŁˆŁ… Ų¬Ų§Ų²

Artinya : “Bermula yang afdhal bahawa iktikaf seorang itu dengan berpuasa dari kerana sungguhnya Nabi saw adalah baginda beriktikaf pada bulan Ramadhan maka sungguhnya iktikaf tanpa berpuasa hukumnya adalah harus.” (Kitab Al-Muhazzab)

Dan bermula dalil tidak diwajibkan berpuasa ketika iktikaf itu beberapa hadith dan antaranya ialah hadith yang diriwayatkan dari Umar r.a. :

Ų£َŁ†َّŁ‡ُ Ł†Ų°Ų± Ų£َŁ†ْ ŁŠَŲ¹ْŲŖَŁƒِŁَ Ł„َŁŠْŁ„َŲ©ً ŁَŁ‚َŲ§Ł„َ Ł„َŁ‡ُ Ų§Ł„Ł†َّŲØِŁŠُّ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ Ų£َŁˆْŁِ ŲØِŁ†َŲ°ْŲ±ِŁƒَ

Artinya : “Bahawasanya beliau telah bernazar hendak iktikaf pada satu malam lalu Nabi saw bersabda baginya : Tunaikanlah nazarmu itu.” (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)

Dan pada satu riwayat yang lain bagi Imam Bukhari :

Ų£َŁˆْŁِ ŲØِŁ†َŲ°ْŲ±ِŁƒَ Ų§Ų¹ْŲŖَŁƒِŁْ Ł„َŁŠْŁ„َŲ©ً

Artinya : “Tunaikanlah akan nazarmu itu. Beriktikaflah olihmu akan satu malam.”

Nabi saw menyuruh Umar r.a. melakukan iktikaf pada waktu malam itu menjadi dalil atas bahawa tidak dimestikan berpuasa bagi orang yang hendak beriktikaf kerana tidak ada puasa pada wakttu malam.

Dan telah diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda :

Ł„َŁŠْŲ³َ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ¹ْŲŖَŁƒِŁِ ŲµِŁŠَŲ§Ł…ٌ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ų£َŁ†ْ ŁŠَŲ¬ْŲ¹َŁ„َŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ł†َŁْŲ³ِŁ‡ِ

Artinya : “Tiadalah atas orang yang beriktikaf itu puasa melainkan bahawa dia menjadikan dirinya berpuasa.” (Hadith riwayat Al-Baihaqi dan Ad-Daruqutni dan lainnya)

Berkata Imam Al-Munawi :

(Ł„َŁŠْŲ³َ Ų¹Ł„Ł‰ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ¹ْŲŖَŁƒŁ ŲµِŁŠَŲ§Ł…) Ų£َŁŠ ŁˆَŲ§Ų¬ِŲØ (Ų§Ł„Ų§ Ų£َŁ† ŁŠَŲ¬Ų¹Ł„Ł‡ Ų¹Ł„Ł‰ Ł†َŁŲ³Ł‡) ŲØŲ§Ł„Ų§Ł„ŲŖŲ²Ų§Ł… ŲØِŁ†َŲ­ْŁˆِ Ł†Ų°Ų± ŁˆَŲ°َŲ§ Ų­Ų¬َّŲ© Ł„Ł„Ų“َّŲ§ŁِŲ¹ِŁŠّ ŁˆَŲ£Ų­Ł…ŲÆ Ų¹Ł„Ł‰ ŲµِŲ­َŲ© Ų§Ł„ِŲ§Ų¹ْŲŖِŁƒَŲ§Ł ŲØِŲÆُŁˆŁ†ِ ŲµِŁŠَŲ§Ł… ŲØِŲ§Ł„Ł„َّŁŠْŁ„ِ ŁˆَŲ­ŲÆŁ‡ ŁˆŲ±ŲÆ Ų¹Ł„Ł‰ Ł…Ł† Ų“َŲ±Ų·Ł‡

Artinya : “Sabda Nabi saw ‘tiada atas orang yang beriktikaf itu puasa’ ialah tidak wajib atasnya berpuasa kecuali dia jadikan puasa itu atas dirinya yakni dengan diwajibkannya umpama sebab nazar dan menjadi hujjah bagi Imam Syafie dan Ahmad atas sahnya iktikaf pada waktu malam tanpa berpuasa dan menolak ia atas mereka yang mensyaratkan berpuasa ketika iktikaf.” (Kitab Syarah Al-Jami’ As-Saghir)

Berkata Imam Nawawi :

Ł‚َŲÆْ Ų°َŁƒَŲ±ْŁ†َŲ§ Ų£َŁ†َّ Ł…َŲ°ْŁ‡َŲØَŁ†َŲ§ Ų£َŁ†َّŁ‡ُ Ł…ُŲ³ْŲŖَŲ­َŲØٌّ ŁˆَŁ„َŁŠْŲ³َ Ų“َŲ±ْŲ·ًŲ§ Ł„ِŲµِŲ­َّŲ©ِ Ų§Ł„ِŲ§Ų¹ْŲŖِŁƒَŲ§Łِ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų§Ł„ŲµَّŲ­ِŁŠŲ­ِ Ų¹ِŁ†ْŲÆَŁ†َŲ§ ŁˆَŲØِŁ‡َŲ°َŲ§ Ł‚َŲ§Ł„َ Ų§Ł„ْŲ­َŲ³َŁ†ُ Ų§Ł„ْŲØَŲµْŲ±ِŁŠُّ ŁˆَŲ£َŲØُŁˆ Ų«َŁˆْŲ±ٍ ŁˆَŲÆَŲ§ŁˆُŲÆ ŁˆَŲ§ŲØْŁ†ُ Ų§Ł„ْŁ…ُŁ†ْŲ°ِŲ±ِ ŁˆَŁ‡ُŁˆَ Ų£َŲµَŲ­ُّ Ų§Ł„Ų±ِّŁˆَŲ§ŁŠَŲŖَŁŠْŁ†ِ Ų¹َŁ†ْ Ų£َŲ­ْŁ…َŲÆَ Ł‚َŲ§Ł„َ Ų§ŲØْŁ†ُ Ų§Ł„ْŁ…ُŁ†ْŲ°ِŲ±ِ ŁˆَŁ‡ُŁˆَ Ł…َŲ±ْŁˆِŁŠٌّ Ų¹َŁ†ْ Ų¹َŁ„ِŁŠِّ ŲØْŁ†ِ Ų£َŲØِŁŠ Ų·َŲ§Ł„ِŲØٍ ŁˆَŲ§ŲØْŁ†ِ Ł…َŲ³ْŲ¹ُŁˆŲÆٍ

Artinya : “Sungguhnya telah kami sebutkan bahawa mazhab kami berpuasa ketika iktikaf itu disunatkan dan bukanlah ia syarat bagi sahnya iktikaf atas pendapat yang sahih disisi kami. Dan dengan inilah berkata Al-Hasan Al-Basri dan Abu Tsur dan Daud dan Ibnu Al-Munzir dan ialah pendapat yang paling sahih dari dua pendapat Imam Ahmad. Telah berkata Ibnu Al-Munzir ialah yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib r.a. dan Ibu Mas’ud r.a.” (Kitab Al-Majmu’)

SUNAT-SUNAT IKTIKAF

Disunatkan orang yang sedang iktikaf itu menyibukkan diri dengan berbuat taat akan Allah Taala seperti berzikir dan membaca Quran dan muzakarah ilmu kerana ia lebih menghasilkan kepada tujuan iktikaf itu yaitu mendekat diri kepada Allah.

Berkata olih Dr Wahbah Az-Zuhaili :

ŁŠŲ³ŲŖŲ­ŲØ Ł„Ł„Ł…Ų¹ŲŖŁƒŁ Ų§Ł„ŲŖŲ“Ų§ŲŗŁ„ Ų¹Ł„Ł‰ Ł‚ŲÆŲ± Ų§Ł„Ų§Ų³ŲŖŲ·Ų§Ų¹Ų© Ł„ŁŠŁ„Ų§ً ŁˆŁ†Ł‡Ų§Ų±Ų§ً ŲØŲ§Ł„ŲµŁ„Ų§Ų©، ŁˆŲŖŁ„Ų§ŁˆŲ© Ų§Ł„Ł‚Ų±Ų¢Ł†، ŁˆŲ°ŁƒŲ± Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŲŖŲ¹Ų§Ł„Ł‰ Ł†Ų­Łˆ Ł„Ų§ Ų„Ł„Ł‡ Ų„Ł„Ų§ Ų§Ł„Ł„Ł‡، ŁˆŁ…Ł†Ł‡ Ų§Ł„Ų§Ų³ŲŖŲŗŁŲ§Ų±، ŁˆŲ§Ł„ŁŁƒŲ± Ų§Ł„Ł‚Ł„ŲØŁŠ ŁŁŠ Ł…Ł„ŁƒŁˆŲŖ Ų§Ł„Ų³Ł…ŁˆŲ§ŲŖ ŁˆŲ§Ł„Ų£Ų±Ų¶ ŁˆŲÆŁ‚Ų§Ų¦Ł‚ Ų§Ł„Ų­ŁƒŁ…، ŁˆŲ§Ł„ŲµŁ„Ų§Ų© Ų¹Ł„Ł‰ Ų§Ł„Ł†ŲØŁŠ ŲµŁ„ّŁ‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł…، ŁˆŲŖŁŲ³ŁŠŲ± Ų§Ł„Ł‚Ų±Ų¢Ł† ŁˆŲÆŲ±Ų§Ų³Ų© Ų§Ł„Ų­ŲÆŁŠŲ«، ŁˆŲ§Ł„Ų³ŁŠŲ±Ų©، ŁˆŁ‚ŲµŲµ Ų§Ł„Ų£Ł†ŲØŁŠŲ§Ų” ŁˆŲ­ŁƒŲ§ŁŠŲ§ŲŖ Ų§Ł„ŲµŲ§Ł„Ų­ŁŠŁ†، ŁˆŁ…ŲÆŲ§Ų±Ų³Ų© Ų§Ł„Ų¹Ł„Ł…، ŁˆŁ†Ų­Łˆ Ų°Ł„Łƒ Ł…Ł† Ų§Ł„Ų·Ų§Ų¹Ų§ŲŖ Ų§Ł„Ł…Ų­Ų¶Ų©

Artinya : “Disunatkan bagi yang beriktikaf itu mengisi masanya atas kadar kemampuannya pada waktu siang dan malam dengan mengerjakan solat dan membaca Quran dan berzikir akan Allah Taala seperti menyebut Ł„Ų§ Ų„Ł„Ł‡ Ų„Ł„Ų§ Ų§Ł„Ł„Ł‡ dan setengah dari zikir itu ialah bersitighfar dan memikirkan dengan hati pada kerajaan segala langit dan bumi segala keelokkan hikmah-hikmah dan berselawat atas Nabi saw dan menafsirkan Quran dan mempelajari hadith dan sirah dan kisah-kisah Nabi serta segala cerita-cerita para solihin dan mendalami ilmu dan seumpama yang demikian itu dari sekelian ketaatan.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)

Dan sunat iktikaf dalam keadaan berpuasa samada puasa wajib atau sunat dan jika tidak dia melakukan puasa nescaya sah iktikafnya itu.

Dan sunat iktikaf di dalam masjid yang didirikan solat jumaat padanya daripada masjid yang tidak didirikan solat jumaat dan hikmahnya ialah tidak perlu lagi orang yang iktikaf itu dia keluar pergi ke solat jumaat.

Meninggalkan bercakap yang tiada faedah lebih-lebih lagi bercakap yang diharamkan.

Berkata Syeikh Abdul Rahman Al-Jaziri :

ŁˆŲ£Ł…Ų§ Ų¢ŲÆŲ§ŲØŁ‡: ŁŁ…Ł†Ł‡Ų§ Ų£Ł† ŁŠŲ“ŲŖŲŗŁ„ ŲØŲ·Ų§Ų¹Ų© Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŲŖŲ¹Ų§Ł„Ł‰ ŁƒŲŖŁ„Ų§ŁˆŲ© Ų§Ł„Ł‚Ų±Ų¢Ł† ŁˆŲ§Ł„Ų­ŲÆŁŠŲ« ŁˆŲ§Ł„Ų°ŁƒŲ± ŁˆŲ§Ł„Ų¹Ł„Ł…، Ł„Ų£Ł† Ų°Ł„Łƒ Ų·Ų§Ų¹Ų©؛ ŁˆŁŠŲ³Ł† Ł„Ł‡ Ų§Ł„ŲµŁŠŲ§Ł…؛ ŁˆŲ£Ł† ŁŠŁƒŁˆŁ† ŁŁŠ Ų§Ł„Ł…Ų³Ų¬ŲÆ Ų§Ł„Ų¬Ų§Ł…Ų¹؛ ŁˆŲ£ŁŲ¶Ł„ Ų§Ł„Ł…Ų³Ų§Ų¬ŲÆ Ų§Ł„Ų­Ų±Ų§Ł…؛ Ų«Ł… Ų§Ł„Ł…Ų³Ų¬ŲÆ Ų§Ł„Ł†ŲØŁˆŁŠ، Ų«Ł… Ų§Ł„Ł…Ų³Ų¬ŲÆ Ų§Ł„Ų£Ł‚ŲµŁ‰؛ ŁˆŲ£Ł† Ł„Ų§ ŁŠŲŖŁƒŁ„Ł… Ų„Ł„Ų§ ŲØŲ®ŁŠŲ± ŁŁ„Ų§ ŁŠŲ“ŲŖŁ…، ŁˆŁ„Ų§ ŁŠŁ†Ų·Ł‚ ŲØŁ„ŲŗŁˆ Ų§Ł„ŁƒŁ„Ų§Ł….

Artinya : “Dan adapun adab-adab iktikaf maka setengahnya ialah menyibukkan diri dengan taatkan Allah Taala seperti membaca Quran dan hadith dan zikir dan ilmu kerana sungguhnya yang demikian itu ialah taat dan disunatkan baginya berpuasa. Dan disunatkan bahawa adalah iktikaf itu di dalam masjid jami’ dan yang paling afdhal ialah masjid Haram kemudian masjid Nabawi kemudian masjid Aqsa. Dan hendaklah dia tidak bercakap melainkan yang baik-baik dan tidak berkata yang tidak baik dan tidak bercakap dengan yang sia-sia.” (Kitab Al-Fiqh Ala Mazahib Al-Arba’ah)

Akan tetapi harus orang yang iktikaf itu berbual atau berkata-kata perkara yang harus dan hendaklah berhati-hati kerana biasanya apabila banyak berkata-kata maka banyaklah tersalahnya.

PERKARA YANG MEMBATALKAN IKTIKAF

Ada beberapa perkara yang membatalkan akan iktikaf yaitu :

Keluar Dari Masjid

Telah sepakat para fuqahak atas bahawa keluar dari masjid itu bagi lelaki dan perempuan apabila bukan kerana hajat seperti pergi membeli barangan atau pulang ke rumah berjumpa anak isterinya atau seumpamanya maka keluarnya itu membatalkan akan iktikaf samada keluar dari masjid itu lama masanya atau sekejap sahaja.

Adapun jika keluar dari masjid kerana menunaikan hajat maka tidaklah membatalkan iktikaf dan contoh perkara yang dikira sebagai hajat itu ialah kencing dan berak dan berwuduk dan mandi yang wajib.

Telah diriwayatkan daripada Aisyah r.a. :

Ų£َŁ†َّ Ų§Ł„Ł†َّŲØِŁŠَّ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ ŁƒَŲ§Ł†َ Ł„َŲ§ ŁŠَŲÆْŲ®ُŁ„ُ Ų§Ł„ْŲØَŁŠْŲŖَ Ų„Ł„َّŲ§ Ł„ِŲ­َŲ§Ų¬َŲ©ِ Ų§Ł„ْŲ„ِŁ†ْŲ³َŲ§Ł†ِ

Artinya : “Sungguhnya Nabi saw adalah baginda tidak pulang ke rumah kecuali kerana hajat yang diperlukan manusia.” (Riwayat Imam Muslim)

Berkata Imam Ibnu Al-Munzir :

Ų£َŲ¬ْŁ…َŲ¹َ Ų£َŁ‡ْŁ„ Ų§Ł„ْŲ¹ِŁ„ْŁ…ِ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų£َŁ†َّ Ł„ِŁ„ْŁ…ُŲ¹ْŲŖَŁƒِŁِ Ų£َŁ†ْ ŁŠَŲ®ْŲ±ُŲ¬َ Ł…ِŁ†ْ Ł…ُŲ¹ْŲŖَŁƒَŁِŁ‡ِ Ł„ِŁ„ْŲŗَŲ§Ų¦ِŲ·ِ ŁˆَŲ§Ł„ْŲØَŁˆْŁ„، Ł„Ų£ِŁ†َّ Ł‡َŲ°َŲ§ Ł…ِŁ…َّŲ§ Ł„Ų§َ ŲØُŲÆَّ Ł…ِŁ†ْŁ‡ُ، ŁˆَŁ„Ų§َ ŁŠُŁ…ْŁƒِŁ†ُ ŁِŲ¹ْŁ„ُŁ‡ُ ŁِŁŠ Ų§Ł„ْŁ…َŲ³ْŲ¬ِŲÆِ

Artinya : “Telah ijmak sekelian ulamak atas bahawa harus bagi yang beriktikaf keluar dari tempat iktikafnya kerana kencing dan berak dari kerana sungguhnya ini adalah perkara yang tidak dapat dielakkan daripadanya dan tidak mungkin melakukannya di dalam masjid.”

Jika muazzin yang sedang beriktikaf dia keluar dari banggunan masjid kerana hendak azan di luar masjid atau pergi ia ke atas menara azan yang terletak di luar masjid maka batal iktikafnya dan jika menara tersebut berada di dalam masjid maka tiada batal iktikafnya.

Dan harus keluar dari masjid olih orang yang sakit kerana berubat atau kerana bimbangkan air kencing atau najisnya terkena masjid.

Berkata Imam As-Syairzai :

Ų„ِŁ†ْ Ł…َŲ±ِŲ¶َ Ł…َŲ±َŲ¶ًŲ§ Ł„َŲ§ ŁŠَŲ£ْŁ…َŁ†ُ Ł…َŲ¹َŁ‡ُ ŲŖَŁ„ْŁˆِŁŠŲ«َ Ų§Ł„ْŁ…َŲ³ْŲ¬ِŲÆِ ŁƒَŲ§Ł†ْŲ·ِŁ„َŲ§Ł‚ِ Ų§Ł„ْŲ¬َŁˆْŁِ ŁˆَŲ³َŁ„َŲ³ِ Ų§Ł„ْŲØَŁˆْŁ„ِ Ų®َŲ±َŲ¬َ ŁƒَŁ…َŲ§ ŁŠَŲ®ْŲ±ُŲ¬ُ Ł„ِŲ­َŲ§Ų¬َŲ©ِ Ų§Ł„ْŲ„ِŁ†ْŲ³َŲ§Ł†ِ ŁˆَŲ„ِŁ†ْ ŁƒَŲ§Ł†َ Ł…َŲ±َŲ¶ًŲ§ ŁŠَŲ³ِŁŠŲ±ًŲ§ ŁŠُŁ…ْŁƒِŁ†ُ Ł…َŲ¹َŁ‡ُ Ų§Ł„ْŁ…َŁ‚َŲ§Ł…ُ ŁِŁŠ Ų§Ł„ْŁ…َŲ³ْŲ¬ِŲÆِ Ł…ِŁ†ْ ŲŗَŁŠْŲ±ِ Ł…َŲ“َŁ‚َّŲ©ٍ Ł„َŁ…ْ ŁŠَŲ®ْŲ±ُŲ¬ُ ŁˆَŲ„ِŁ†ْ Ų®َŲ±َŲ¬َ ŲØَŲ·َŁ„َ Ų§Ų¹ْŲŖِŁƒَŲ§ŁُŁ‡ُ

Artinya : “Jika seorang yang sedang iktikaf itu jatuh sakit yang tidak mampu dia dari memelihara masjid dari tercemar olih najis seperti sakit perutnya dan bertitisan kencingnya maka harus dia keluar seperti harus keluar kerana keperluan kemanusiaan. Dan jika dia sakit sedikit yang mungkin dia terus tinggal dalam masjid tanpa sebarang kesukaran maka jika dia keluar nescaya batal iktikafnya.” (Kitab Al-Muhazzab)

Berkata Imam As-Syairazi :

ŁˆَŁŠَŲ¬ُŁˆŲ²ُ Ų£َŁ†ْ ŁŠَŲ®ْŲ±ُŲ¬َ Ł…ِŁ†ْ Ų§Ų¹ْŲŖِŁƒَŲ§Łِ Ų§Ł„ŲŖَّŲ·َŁˆُّŲ¹ِ Ł„ِŲ¹ِŁŠَŲ§ŲÆَŲ©ِ Ų§Ł„ْŁ…َŲ±ِŁŠŲ¶ِ Ł„ِŲ£َŁ†َّŁ‡َŲ§ ŲŖَŲ·َŁˆُّŲ¹ٌ ŁˆَŲ§Ł„ِŲ§Ų¹ْŲŖِŁƒَŲ§Łُ ŲŖَŲ·َŁˆُّŲ¹ٌ ŁَŲ®ُŁŠِّŲ±َ ŲØَŁŠْŁ†َŁ‡ُŁ…َŲ§ ŁَŲ„ِŁ†ْ Ų§Ų®ْŲŖَŲ§Ų±َ Ų§Ł„ْŲ®ُŲ±ُŁˆŲ¬َ ŲØَŲ·َŁ„َ Ų§Ų¹ْŲŖِŁƒَŲ§ŁُŁ‡ُ Ł„ِŲ£َŁ†َّŁ‡ُ ŲŗَŁŠْŲ±ُ Ł…ŲøŲ·Ų± Ų„Ł„َŁŠْŁ‡ِ 

Artinya : “Dan harus yang beriktikaf yang sunat keluar dari masjid kerana ziarah orang sakit kerana ziarahnya itu adalah sunat dan iktikaf juga sunat maka diberi pilih antara keduanya. Maka jika dia memilih keluar nescaya batal iktikafnya kerana keluarnya itu bukan darurah kepadanya.” (Kitab Al-Muhazzab)

Dan sebahagian fuqahak mengkiaskan dengan keluar ziarah orang sakit ini akan ziarah sanak saudara dan sahabat handai dan jiran-jiran.

Berkata Imam Al-Bulqini :

Artinya : “Ada pun keluarga yang rapat dan kaum kerabat dan sahabat handai dan segala jiran itu yang zahirnya bahawa keluar ziarah akan mereka itu afdhal istimewa pula apabila mengetahui akan kesukaran atas mereka itu. Dan ibarat Al-Qadhi Husain menjelaskan dengan yang demikian itu dan ialah pendapat yang zahir.” (Kitab Al-Iqna’ Khatib Syarbini)

Dan jika seorang sedang iktikaf yang sunat maka harus dia keluar ke tempat solat jenazah dan jika sedang iktikaf yang wajib maka tiada harus dia keluar kerana solat jenazah jika sudah ada orang yang lain bolih bersolat ke atas jenazah tersebut.

Berkata Imam Nawawi :

ŁˆَŲ„ِŁ†ْ Ų¹َŲ±َŲ¶َŲŖْ ŲµَŁ„َŲ§Ų©ُ Ų¬ِŁ†َŲ§Ų²َŲ©ٍ Ł†َŲøَŲ±ْŲŖ ŁَŲ„ِŁ†ْ ŁƒَŲ§Ł†َ ŁِŁŠ Ų§Ų¹ْŲŖِŁƒَŲ§Łِ ŲŖَŲ·َŁˆُّŲ¹ٍ ŁَŲ§Ł„ْŲ£َŁْŲ¶َŁ„ُ Ų£َŁ†ْ ŁŠَŲ®ْŲ±ُŲ¬َ Ł„ِŲ£َŁ†َّ ŲµَŁ„َŲ§Ų©َ Ų§Ł„ْŲ¬ِŁ†َŲ§Ų²َŲ©ِ ŁَŲ±ْŲ¶ٌ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų§Ł„ْŁƒِŁَŲ§ŁŠَŲ©ِ ŁَŁ‚ُŲÆِّŁ…َŲŖْ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų§Ł„ِŲ§Ų¹ْŲŖِŁƒَŲ§Łِ ŁˆَŲ„ِŁ†ْ ŁƒَŲ§Ł†َ ŁِŁŠ Ų§Ų¹ْŲŖِŁƒَŲ§Łِ ŁَŲ±ْŲ¶ٍ Ł„َŁ…ْ ŁŠَŲ®ْŲ±ُŲ¬ْ Ł„ِŲ£َŁ†َّŁ‡ُ ŲŖَŲ¹َŁŠَّŁ†َ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁَŲ±ْŲ¶ُŁ‡ُ ŁَŁ„َŲ§ ŁŠَŲ¬ُŁˆŲ²ُ Ų£َŁ†ْ ŁŠَŲ®ْŲ±ُŲ¬َ Ł„ِŲµَŁ„َŲ§Ų©ِ Ų§Ł„ْŲ¬ِŁ†َŲ§Ų²َŲ©ِ Ų§Ł„َّŲŖِŁŠ Ł„َŁ…ْ ŁŠَŲŖَŲ¹َŁŠَّŁ†ْ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁَŲ±ْŲ¶ُŁ‡َŲ§ ŁَŲ„ِŁ†ْ Ų®َŲ±َŲ¬َ ŲØَŲ·َŁ„َ Ų§Ų¹ْŲŖِŁƒَŲ§ŁُŁ‡ُ Ł„ِŲ£َŁ†َّŁ‡ُ ŲŗَŁŠْŲ±ُ Ł…ُŲ¶ْŲ·َŲ±ٍّ Ų§Ł„ŁŠ Ų§Ł„Ų®Ų±ŁˆŲ¬ Ł„Ų§Ł† ŲŗŁŠŲ±Ł‡ ŁŠŁ‚ŁˆŁ… Ł…Ł‚Ų§Ł…Ł‡

Artinya : “Dan jika berhadap kepadanya tuntutan solat jenazah maka hendaklah dilihat jika dia sedang iktikaf yang sunat maka yang afdhal hendaklah dia keluar dari masjid untuk solat kerana sungguhnya solat jenazah itu fardu kifayah maka fardu kifayah didulukan atas iktikaf. Dan jika dia sedang iktikaf yang wajib nescaya tidak harus dia keluar kerana bahawasanya tertentu kewajipan iktikaf itu atas dirinya maka tidak harus bahawa keluar ia bagi solat jenazah yang tidak tertentu atasnya kewajipannya. Maka jika dia keluar nescaya batal iktikafnya kerana keluarnya itu bukan darurah dan kerana bahawasanya orang yang lain bolih mengerjakan solat itu menggantikan tempatnya.” (Kitab Al-Majmu’)

Persetubuhan

Melakukan jimak yakni persetubuhan dengan sengaja sekalipun tidak keluar mani adalah haram ke atas orang yang sedang beriktikaf dan ia membatalkannya dengan sepakat fuqahak.

Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah :

Ł„Ų§َ Ų®ِŁ„Ų§َŁَ ŲØَŁŠْŁ†َ Ų§Ł„ْŁُŁ‚َŁ‡َŲ§Ų”ِ ŁِŁŠ Ų£َŁ†َّ Ų§Ł„Ų±َّŁَŲ«َ ŁِŁŠ Ų§Ł„Ų§ِŲ¹ْŲŖِŁƒَŲ§Łِ Ł…ُŲ­َŲ±َّŁ…ٌ؛ Ł„ِŁ‚َŁˆْŁ„ِŁ‡ِ ŲŖَŲ¹َŲ§Ł„َŁ‰: {ŁˆَŁ„Ų§َ ŲŖُŲØَŲ§Ų“ِŲ±ُŁˆŁ‡ُŁ†َّ ŁˆَŲ£َŁ†ْŲŖُŁ…ْ Ų¹َŲ§ŁƒِŁُŁˆŁ†َ ŁِŁŠ Ų§Ł„ْŁ…َŲ³َŲ§Ų¬ِŲÆِ} ŁَŲ„ِŁ†ْ Ų¬َŲ§Ł…َŲ¹َ Ł…ُŲŖَŲ¹َŁ…ِّŲÆًŲ§ ŁَŲ³َŲÆَ Ų§Ų¹ْŲŖِŁƒَŲ§ŁُŁ‡ُ ŲØِŲ„ِŲ¬ْŁ…َŲ§Ų¹ِ Ų£َŁ‡ْŁ„ Ų§Ł„ْŲ¹ِŁ„ْŁ…ِ؛ Ł„Ų£ِŁ†َّ Ų§Ł„ْŲ¬ِŁ…َŲ§Ų¹َ Ų„ِŲ°َŲ§ Ų­ُŲ±ِّŁ…َ ŁِŁŠ Ų§Ł„ْŲ¹ِŲØَŲ§ŲÆَŲ©ِ Ų£َŁْŲ³َŲÆَŁ‡َŲ§ ŁƒَŲ§Ł„ْŲ­َŲ¬ِّ ŁˆَŲ§Ł„ŲµَّŁˆْŁ…ِ.

Artinya : “Tiada khilaf antara fuqahak pada bahawasanya persetubuhan ketika iktikaf itu diharamkan kerana firman Allah Taala : Dan jangan kamu sekelian menggauli isteri-isteri sedangkang kamu sekelian beriktikaf di dalam segala masjid.
Maka jika dia jimak dengan sengaja nescaya merosakkan iktikafnya dengan ijmak ulamak kerana jimak itu apabila diharamkan pada ibadah maka ia merosakkan ibadah tersebut seperti pada haji dan puasa.”

Dan begitu juga haram ia melakukan jimak ketika keluar dari masjid kerana hajat dan batal iktikafnya.

Adapun jika seorang itu lupa dia sedang beriktikaf lalu jimak maka tidak batal iktikafnya disisi mazhab Syafie kerana sungguhnya pengharaman jimak dalam iktikaf itu hanyalah ke atas orang yang tahu tentang haramnya lagi ingat ia sedang iktikaf.
Berkata Imam Nawawi :

{ŁَŲ±ْŲ¹ٌ} ŁِŁŠ Ł…َŲ°َŲ§Ł‡ِŲØِ Ų§Ł„ْŲ¹ُŁ„َŁ…َŲ§Ų”ِ ŁِŁŠ Ų¬ِŁ…َŲ§Ų¹ِ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ¹ْŲŖَŁƒِŁِ Ł†َŲ§Ų³ِŁŠًŲ§. Ł‚َŲÆْ Ų°َŁƒَŲ±ْŁ†َŲ§ Ų£َŁ†َّŁ‡ُ Ł„َŲ§ ŁŠَŁْŲ³ُŲÆُ Ų§Ų¹ْŲŖِŁƒَŲ§ŁُŁ‡ُ Ų¹ِŁ†ْŲÆَŁ†َŲ§ ŁˆَŲØِŁ‡ِ Ł‚َŲ§Ł„َ ŲÆَŲ§ŁˆُŲÆ . ŁˆَŁ‚َŲ§Ł„َ Ł…َŲ§Ł„ِŁƒٌ ŁˆَŲ£َŲØُŁˆ Ų­َŁ†ِŁŠŁَŲ©َ ŁˆَŲ£َŲ­ْŁ…َŲÆُ ŁŠَŁْŲ³ُŲÆُ

Artinya : “Ini satu cabang masalah pada mazhab-mazhab ulamak tentang jimak orang yang iktikaf dalam keadaan lupa. Sungguhnya telah kami sebutkan bahawasanya ia tidak membatalkan iktikafnya di sisi kami dan denganya telah berkata olih Daud. Dan berkata Malik dan Abu Hanifah dan Ahmad ia membatalkan.” (Kitab Al-Majmu’)

Ada pun lain dari jimak seperti berpeluk atau bercium atau seumpamanya maka tidak membatalkan iktikaf melainkan jika keluar mani.

Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :

ŁˆَŲ£Ł…Ų§ Ų§Ł„ْŁ…ُŲØَŲ§Ų“Ų±َŲ© ŲØِŲ“َŁ‡ْŁˆَŲ© ŁِŁŠŁ…َŲ§ ŲÆŁˆŁ† Ų§Ł„ْŁŲ±Ų¬ ŁƒŁ„Ł…Ų³ ŁˆŁ‚ŲØŁ„Ų© ŁŲŖŲØŲ·Ł„Ł‡ Ų„ِŁ† Ų£Ł†Ų²Ł„ ŁˆَŲ„ِŁ„َّŲ§ ŁَŁ„َŲ§ ŲŖŲØŲ·Ł„Ł‡

Artinya : “Dan adapun bersentuhan dengan syahwat padan anggota badan yang lain daripada faraj seperti sentuhan dan ciuman maka membatalkan iktikaf jika keluar mani dan jika tidak keluar mani maka tidak membatalkan.” (Kitab Al-Iqna’)

Dan selain dari kedua ini yang membatalkan iktikaf itu ialah persentuhan yang mengeluarkan mani dan mabuk dan riddah dan haidh dan nifas.

Berkata Syeikh Nawawi Al-Bantan :

ŁˆَŲ§Ł„َّŲ°ِŁŠ ŁŠŲØŲ·Ł„ Ų§Ł„ِŲ§Ų¹ْŲŖِŁƒَŲ§Ł ŲŖِŲ³ْŲ¹َŲ© Ų£َŲ“ْŁŠَŲ§Ų” Ų§Ł„ْŁˆَŲ·ْŲ” ŁˆŲ§Ł„Ų„Ł†Ų²Ų§Ł„ Ų¹َŁ† Ł…ُŲØَŲ§Ų“Ų±َŲ© ŲØِŲ“َŁ‡ْŁˆَŲ© ŁˆَŲ§Ł„Ų³ŁƒŲ± Ų§Ł„Ł…ŲŖŲ¹ŲÆŁ‰ ŲØِŁ‡ِ ŁˆَŲ§Ł„Ų±ِّŲÆَّŲ© ŁˆَŲ§Ł„ْŲ­ŁŠŲ¶ Ų„ِŲ°Ų§ ŁƒَŲ§Ł†َŲŖ Ł…ُŲÆَّŲ© Ų§Ł„ِŲ§Ų¹ْŲŖِŁƒَŲ§Ł ŲŖَŲ®ْŁ„ُŁˆ Ų¹َŁ†Ł‡ُ ŲŗَŲ§Ł„ِŲØŲ§ ŁˆَŲ§Ł„Ł†ّŁŲ§Ų³ ŁƒَŲ°َŁ„ِŁƒ ŁˆَŲ§Ł„ْŲ®ُŲ±ُŁˆŲ¬ Ł„ŲŗŁŠŲ± Ų¹Ų°Ų±

Artinya : “Dan bermula perkara yang membatalkan akan iktikaf itu ada sembilan perkara yaitu jimak dan keluar mani sebab bersentuhan dengan syahwat dan mabuk yang disengajakan dengannya dan murtad dan haidh apabila adalah masa iktikaf itu sunyi daripadanya pada ghalib dan nifas dan begitu juga keluar dari masjid tanpa uzur.” (Kitab Nihayah Az-Zain)

Ketahui olihmu bahawa jimak dan bersentuhan suami isteri dengan syahwat adalah diharamkan di dalam masjid sekalipun bagi orang yang tidak beriktikaf.

Berkata Syeikh Nawawi :

ŁˆَŲ§Ų¹ْŁ„َŁ… Ų£َŁ† Ų§Ł„ْŁˆَŲ·ْŲ” ŁˆŲ§Ł„Ł…ŲØŲ§Ų“Ų±Ų© ŲØِŲ“َŁ‡ْŁˆَŲ© Ų­Ų±َŲ§Ł… ŁِŁŠ Ų§Ł„ْŁ…َŲ³ْŲ¬ِŲÆ Ł…ُŲ·Ł„Ł‚ًŲ§ ŁˆَŁ„َŁˆ Ł…Ł† ŲŗŁŠŲ± Ł…Ų¹ŲŖŁƒŁ

Artinya : “Ketahui olihmu bahawasanya persetubuhan dan persentuhan dengan syahwat itu haram di dalam masjid secara mutlak walaupun dari orang yang tidak beriktikaf.” (Kitab Nihayah Az-Zain)

Dan orang yang hilang aqal itu rosak iktikafnya kerana tiada sah niat dari mereka ini.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar :

ŁŁ„Ų§ ŁŠŲµŲ­ Ł…Ł† Ł…Ų¬Ł†ŁˆŁ† ŁˆŁ…ŲŗŁ…Ł‰ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³ŁƒŲ±Ų§Ł† Ų„Ų° Ł„Ų§ Ł†ŁŠŲ© Ł„Ł‡Ł…، ŁˆŁŠŲµŲ­ Ł…Ł† Ų§Ł„Ł…Ł…ŁŠŲ² ŁˆŲ§Ł„Ų¹ŲØŲÆ ŁˆŲ§Ł„Ł…Ų±Ų£Ų©

Artinya : “Maka tidak sah iktikaf dari orang yang gila dan yang pingsan dan yang mabuk kerana tiada sah niat bagi mereka ini. Dan sah iktikaf dari kanak-kanak yang sudah mumayyiz dan hamba abdi dan perempuan.” (Kitab Minhajul Qawwim)

Datang haidh dan nifas kerana haram mereka tinggal di dalam masjid. Olih itu jika perempuan yang sedang beriktikaf datang haidh maka hendaklah dia segera keluar dari masjid dan jika dia sengaja melambatkan keluar maka berdosa.

wallahua’lam 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo