NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19 : 11 kes positif di parlimen

Mereka yang bergejala disaran membuat pemeriksaan dan tidak menghadiri sesi Mesyuarat Khas Parlimen minggu depan. - Gambar fail
"COVID-19: Jalani saringan sebelum sesi Parlimen minggu depan

KUALA LUMPUR: Semua yang akan hadir ke sidang Mesyuarat Khas Parlimen minggu hadapan dinasihatkan menjalani ujian saringan COVID-19 terlebih dahulu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan mereka yang bergejala agar membuat pemeriksaan dan tidak menghadiri sesi mesyuarat tersebut.

Ini susulan keputusan ujian saringan yang dilakukan di Parlimen pada Khamis, yang mendapati sebanyak 11 kes positif dikesan pada 29 Julai, iaitu 10 melalui RTK Ag saliva test kit dan satu melalui RT PCR.

"Sehingga jam 8 malam 29 Julai 2021, seramai 1,183 individu telah menjalani ujian saringan pengesanan COVID-19 menggunakan ujian kendiri RTK Ag saliva test kit.

"Daripada jumlah yang disaring tersebut, sebanyak sembilan lagi kes dikesan positif COVID-19 menjadikan secara keseluruhan 10 kes yang dikesan melalui RTK Ag saliva test kit (satu kes tengah hari, sembilan kes petang).

"Sebanyak dua daripada 10 kes positif tersebut mengalami gejala ringan tetapi stabil, manakala lapan kes tidak bergejala," kata Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Pejabat Kesihatan akan menyusuli selanjutnya ke atas 10 kes positif ujian saringan pengesanan COVID-19 tersebut."

Sumber : Astroawani 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo