Responsive Ad Slot

Caprice dedah terima ugutan bunuh

PETALING JAYA: Aktivis terkenal, Caprice bertindak mendedahkan identiti seorang individu tidak dikenali yang mengugut untuk membunuhnya.
Caprice, menerusi satu perkongsian di Instagram (IG) memuat naik mesej-mesej berbaur ancaman yang dihantar individu yang menggunakan akaun IG fik_jamal itu.

“Sikit hari lagi mampus kau ini. Kau bila nak balik Malaysia. Parang dah lama asah. Lama tak makan darah Yahudi ini.

“Aku tahu kau balik sahaja sini nahas kau. Nahas!” ugut individu berkenaan.

Dalam entri sama, Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli menegaskan tidak gentar dengan ugutan berkenaan.

“Kita tidak ‘goyang’ langsung, tiada ugutan-ugutan macam @fik_jamal. Tunggu @pdrmsia_offical Insya-Allah.

“Nanti kita sampai Kuala Lumpur (KL) Caprice tunggu awak depan pagar. Caprice mohon @malaysiaairlines periksa cef ini, pastikan pisau itu tajam sikit jangan guna pisau plastik,” balasnya.

- Utusan

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo