NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenyataan Muhyiddin miliki majoriti 'panaskan' dewan sesi petang

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Ahli Parlimen Pagoh menghadiri Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Kenyataan mengatakan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai majoriti untuk kekal mentadbir negara kembali panaskan sidang khas Dewan Rakyat sesi petang pada Rabu.

Kekecohan bermula apabila Ahmad Tarmizi Sulaiman (Pas-Sik) menyangkal kenyataan Dr Ong Kian Ming (PH-Bangi) bahawa ia menjadi 'rahsia terbuka' kini Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh tidak lagi mempunyai majoriti.

Jelas Ahmad Tarmizi, Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah membuktikan 'keabsahan' apabila negara terus ditadbir dengan baik khususnya dalam menangani krisis Covid-19.


"Saya ingin betulkan sedikit apa yang disebut Yang Berhormat Bangi tadi. Yang Berhormat Pagoh masih mempunyai majoriti yang cukup untuk kita meneruskan kerajaan PN. Kita buktikan," katanya.

Kenyataan yang dibuat Ahmad Tarmizi ketika memulakan sesi perbahasan mengenai penerangan program vaksinasi itu bagaimanapun membangkitkan kemarahan blok pembangkang.

Sumber  : sinarharian

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo