NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pelajar UiTM raih tempat pertama di dunia dalam peperiksaan ACCA

Hannah Mumtazah kini sedang mengikuti Pengajian Perakaunan Profesional di Jabatan Pengajian Perakaunan Profesional, Fakulti Perakaunan, UiTM Shah Alam. - Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) tampil cemerlang apabila mendapat tempat pertama di Malaysia dan dunia bagi kertas Financial Management (FM) dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) sesi Jun 2021.
Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi Facebook pada Selasa memaklumkan Hannah Mumtazah Ahmad Murshidi turut meraih tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia bagi kertas Strategic Business Reporting (SBR) dalam peperiksaan yang sama.

"Beliau (Hannah Mumtazah) merupakan alumni Program Matrikulasi KPM Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) Kohot 1 Sesi 2018/2019, iaitu kolaborasi antara KPM, UiTM dan ACCA," katanya.

Menurut kenyataan itu Hannah Mumtazah kini sedang mengikuti Pengajian Perakaunan Profesional di Jabatan Pengajian Perakaunan Profesional, Fakulti Perakaunan, UiTM Shah Alam.

-- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo