NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bohong lagi.. Apa G/Eng buat duit Petronas RM 82 billion?



DIBERITAKAN

[Pendekatan perintah kawalan pergerakan (PKP) secara bersasar yang menggunakan sains dan data adalah harapan terbaik negara untuk memenangi perang terhadap Covid-19.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pendekatan PKP bersasar berdasarkan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu terbukti berjaya dengan pelaksanaan saringan besar-besaran untuk ‘uji, kesan, kuarantin dan rawat’, serta program vaksinasi yang cepat dan lancar,

Menurutnya, DAP telah mencadangkan tambahan RM4 bilion untuk pelaksanaan saringan besar-besaran dan juga meningkatkan sistem sokongan kesihatan negara yang sedang tertekan.

Langkah ini tambahnya, termasuk memberi jawatan tetap kepada 35,216 pegawai kesihatan kontrak yang terdiri daripada 23,077 pegawai perubatan, 5,000 pegawai pergigian dan 7,139 pegawai farmasi.

“Kerajaan Persekutuan PN harus mengakui bahawa pendekatan berpusat telah gagal menghasilkan hasil yang diinginkan dan perlu memberi peluang kepada kerajaan negeri dan ahli Parlimen untuk menguruskan Covid-19 di kawasan masing-masing..."]




Tetapi sebenarnya..

“Kerajaan PH 22 bulan yang perlu mngakui bahawa pendekatan mereka yang gagal, dan ditolak oleh rakyat, pemimpin-pemimpin dari yang rendah hingga setingginya."




Lihat komen ini..

Anonymous said...

Penipuan Tun Mahathir dan Lim Guan Eng semasa PH berkuasa selama 22 bulan.

1. Ketika Kerajaan Pakatan Harapan memerintah, PH kata hutang Negara sudah mencecah RM 1 trillion ringgit.

2. Hutang Negara ini termasuk *Hutang Liability* Negara.

3. Bila Laporan Rancangan Malaysia di bentangkan di Parlimen oleh PM Pakatun Putus Harapan iaitu Dr. Mahathir, jelas di dalam Laporan tersebut, *Hutang Negara adalah sebanyak RM688 billion ringgit.*

4. Bukannya RM 1 trillion ringgit.




PEMBOHONGAN KEDUA

6. Lim Guan Eng, mantan Menteri Kewangan PH pula kemudiannya melakukan *Pembohongan Kedua,* iaitu melakukan pinjaman Bon Samurai drp Negara Jepun 2 kali. Kononnya Negara tiada duit untuk membayar projek, gaji dan hutang Negara.

7. Tengku Zafrul, Menteri Kewangan kini berkata, *Kerajaan Tidak Perlu Pinjam Duit dari Luar Negara,* kerana kedudukan kewangan Negara masih kukuh.

8. Adakah Rakyat dimainkan oleh LGE mantan Menteri Kewangan terdahulu, Seorang Akauntan yang tidak bertauliah ini ?

9. Apa Guan Eng buat dengan duit Petronas RM 82 billion ringgit yang di ambik semasa PH berkuasa?

10. Ini juga merupakan satu persoalan yang penting. Rakyat mahu tahu. Apa sebenarnya motif Mahathir dan Lim Guan Eng selaku mantan menteri kewangan kerajaan ter tebuk muka sendiri Pakatan Harapan ini..?

Perlu buat siasatan oleh SPRM atau pun tubuh RCI kenapa Mahathir dan Lim Guan Eng buat pinjaman wang melalui bon samurai sedangkan kewangan negara kukuh kata Tengku Zafrul.

Lebih-lebih lagi Mahathir telah membuat kenyataan terakhir sebagai mantan Perdana Menteri yang mana negara mempunyai simpanan dana kewangan bernilai RM2 trillion atau RM 2 ribu billion.

Bongkar segala penipuan dan pembohongan kerajaan tebuk muka sendiri ini kerana pembohongan mereka semasa PH berkuasa..

Viralkan sebanyak mungkin, biar rakyat faham penipuan dan pembohongan yg telah Tun dan Lim Guan Eng lakukan selama 22 bulan berkuasa.

#bangaudahpulangsuarasumbang

July 4, 2021 at 8:41 AM




Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi bukti pemimpin PH/DAP bermulut lebar.

Biasalah! Begitulah carafikir kepala-otak DAP. Ertinya, PH masih di peringkat 'cakap kosong' tiada tindakan apa-apa demi kepentingan rakyat tertindas. Perkenalkan tradisi lapok di bawah tempurung PH 'cakap besar' babi pun boleh terbang. Nak selesaikan masalah babi Pulau Pinang, terowong, nelayan dan kambus laut pun bertahun-tahun tak selesai lagi.

Waktu berkuasa 22 bulan, kokoknya saja berderai-derai menjajakan hutang, cari derma dan pinjaman sana-sini. Bahkan sampai guna bapok/wanita jaja tabung derma. Mungkin guna tabung tin milo lagi mulia. Sekarang apa jadi duit itu? Duit pinjaman luar negara, tapak peniaga Jalan Masjid India contoh kecilnya, mana? Dan banyak lagi.

Kini, kerajaan terpaksa bantu Selangor percepatkan pemberian vaksin. Mana, cakap berdegar-degar sebelumnya?



Kita tunggu lagi, yang kokoknya berderai, apakah ekornya akan berulat bergelumang tahi? Itulah tradisi DAP/PH..

Sekian.

http://www.ibnuhasyim.com/2021/07/bohong-lagi-apa-geng-buat-duit-petronas.html


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo