NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Program strategik memperkasa rakyat dan ekonomi tambahan (PEMERKASA+)



PROGRAM STRATEGIK MEMPERKASA RAKYAT DAN EKONOMI TAMBAHAN (PEMERKASA+)

 

3 matlamat utama program bantuan PEMERKASA Tambahan seperti berikut:

Pertama: Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam

Kedua: Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat

Ketiga: Menyokong Kelangsungan Perniagaan

 

BIL

INISIATIF

ULASAN

1.

Kerajaan telahpun melaksanakan pelbagai pakej bantuan dan rangsangan ekonomi berjumlah 340 bilion ringgit. Sehingga kini, ia telah memanfaatkan lebih 20 juta ahli isi rumah serta lebih dari 2 juta perniagaan dengan suntikan ekonomi melebihi 200 bilion ringgit. Justeru, terdapat lebih dari 100 bilion ringgit lagi daripada nilai pakej rangsangan untuk disalurkan sepanjang tahun ini. Sebagai tambahan, pakej tersebut dilengkapi oleh inisiatif Belanjawan 2021 berjumlah 322.5 bilion ringgit. 

  1. KDNK negara pada bulan Mac  berada pada paras tertinggi iaitu 6%   sejak 12 bulan yang lalu.
  2. Kadar pengangguran menurun kepada 4.8% (Februari 2021) daripada 5.1% semasa PKP 1.0
  3. Pada Mac 2021, Indeks Pelopor mencatat pertumbuhan yang lebih kukuh pada 17.3 peratus, berbanding dengan peningkatan sebanyak 8.3 peratus pada Januari dan 8.6 peratus pada Februari 2021. 
  4. Program Subsidi Upah (PSU) 1.0- Seramai 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja telah menerima manfaat PSU di bawah PRIHATIN dan PENJANA. Setakat 14 Mei, permohonan subsidi upah yang diluluskan telah pun mencapai nilai RM12.888 bilion.
  5. Program Subsidi Upah (PSU 2.0).-  Setakat 14 Mei, sejumlah RM1.168 bilion telah disalurkan kepada 73,567 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 635,748 pekerja.
  6. Setakat April 2021, seramai 150,597 pencari kerja telah berjaya mendapat pekerjaan melalui 12 program yang dilaksanakan kerajaan menerusi inisiatif Pengekalan dan Penjanaan Pekerjaan di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi negara.

 

 

2.

Kerajaan bersetuju untuk menambah peruntukan 1 bilion ringgit bagi meningkatkan kapasiti dan memperkukuhkan kesihatan awam. 

 

Pertama: memperuntukkan 450 juta ringgit bagi meningkatkan kapasiti katil dan peralatan ICU bagi rawatan COVID-19, 

 

Kedua: memperuntukkan 550 juta ringgit untuk menampung keperluan perbelanjaan berkaitan COVID-19 pelbagai agensi antaranya pertambahan kos operasi dan pengurusan dalam menangani krisis kesihatan COVID termasuk ubat, reagen untuk saringan dan lantikan pegawai secara kontrak. Ini juga termasuk kos pengoperasian Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 atau PKRC di MAEPS dan di peringkat negeri

 

Ketiga: melanjutkan tempoh perkhidmatan lebih 14,000 pegawai perubatan dan jururawat lantikan kontrak sedia ada sehingga tahun 2022. Sebagai tambahan, kerajaan juga akan melantik semula lebih 500 petugas kesihatan yang bersara wajib tahun ini secara kontrak. 

 

Mempercepatkan pemberian vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan atau PICK. pemberian dos pada bulan Mei telahpun mencapai purata 80,000 dos sehari. menjelang akhir Jun nanti, kita mampu mencapai sasaran 150,000 dos sehari Berdasarkan unjuran, pelaksanaan PICK secara keseluruhan disasarkan untuk selesai menjelang bulan Disember 2021 dengan negeri berkepadatan penduduk tinggi seperti Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang menjelang Oktober.

 

Ini merupakan kunci kepada pemulihan ekonomi negara dan mengambil kira negara di dunia yang telah berkembang ekonomi mereka selepas pelaksanaan vaksin secara besar-besaran antaranya: 

 

  • US (sebelum ini 3.5% naik ke 6.4% Suku Tahun Pertama 2021)

 

  • Jepun     (2.5 peratus)

 

  • China (7.9 peratus)

 

Peningkatan ekonomi negara amat bergantung kepada seramai mana rakyat Malaysia yang menerima suntikan.

 

Sekiranya semua rakyat Malaysia menerima suntikan selewat-lewatnya pada tahun 2021, maka ekonomi negara akan lebih cepat pulih dan tahun 2022 merupakan tahun pemulihan penuh ekonomi negara. 

3.

Sehubungan itu, Kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan 2.1 bilion ringgit bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR. Bagi kategori isi rumah yang berpendapatan:

 

a) di bawah 2,500 ringgit- mereka akan menerima kadar BPR tambahan sebanyak 500 ringgit 

 

b) isi rumah berpendapatan antara 2,501 hingga 5,000, akan menerima kadar sebanyak 300 ringgit. 

 

c) Golongan bujang pula akan menerima 100 ringgit.

 

Inisiatif tambahan ini membantu rakyat  terutamanya B40 untuk berbelanja barang keperluan harian dan makanan semasa tempoh PKP 3.0 (Total Lockdown). 

Berdasarkan Kajian Selidik Kesan PKP 1.0 (total lockdown) pada isi rumah dan perniagaan oleh kementerian Kewangan Malaysia sebelum ini menunjukkan bahawa satu per tiga isi rumah tidak mampu untuk mengekalkan perbelanjaan untuk lebih daripada 1 bulan dan 82% pekerja sektor swasta hanya mempunyai simpanan kurang daripada 2 bulan.

 

Namun untuk jangkamasa panjang, berdasarkan kepada saranan untuk beralih kepada digital ekonomi Kerajaan  semasa Belanjawan 2022 boleh memperkenalkan inisiatif baharu iaitu dengan mengkreditkan RM100 setiap bulan ke dalam e-dompet penerima khususnya mereka yang dalam kategori B40 untuk digunakan dalam membeli barang keperluan asas termasuk makanan. Kerajaan juga boleh melibatkan pengusaha kedai runcit, pengusaha kedai makanan di restoran, penjaja dan peniaga kecil makanan di warung dan gerai serta termasuk juga perkhidmatan penghantaran makanan untuk turut serta mendaftar e-dompet agar mereka boleh menerima manfaat daripada pembelian yang mengunakan e-dompet oleh kumpulan B40 yang menerima kredit RM100 setiap bulan daripada kerajaan.  Mengambil kira angka semasa pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan iaitu seramai 8 juta penerima B40, maka unjuran jumlah peruntukan bulanan yang dikreditkan di dalam e-dompet B40 adalah RM800 juta setiap bulan dan dan jumlah keseluruhan adalah RM9.6billion untuk setahun.

 

 

 

4.

Kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan.  Inisiatif ini akan dilaksanakan segera pada bulan Jun yang dijangka memanfaatkan lebih dari 5 juta peminjam dengan nilai sehingga 30 bilion ringgit.

Inisiatif ini dapat membantu semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP3.0. Melalui pelaksanaan moratorium ini maka rakyat yang terjejas pendapatan masih mampu untuk membeli barangan keperluan asas dan makanan untuk meneruskan kehidupan seharian. Perbelanjaan isi rumah sebelum ini merosot 16.7% dalam tempoh 1 dekad in dan moratorium akan dapat membantu untuk meningkatkan perbelanjaan isi rumah terutamanya pembelian barangan keperluan harian dan makanan. 

 

Pada masa akan datang, kerajaan juga boleh melaksanakan pengurangan 50% Kadar Faedah Semasa untuk semua jenis pinjaman bagi meringankan beban rakyat. Perkara ini disebabkan oleh bank tempatan di Malaysia masih kekal mencatatkan keuntungan untuk tahun 2020 meskipun prestasi keuntungan lebih rendah berbanding tahun sebelumnya. 

 

5.

Kerajaan juga akan melancarkan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi pada minggu ini dengan nilai peruntukan 1 bilion ringgit. Melalui skim ini, pengusaha bas dan teksi yang layak boleh mendapatkan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan dan melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan.

Ianya membantu  pengusaha bas dan teksi untuk menangguhkan bayaran pinjaman disebabkan pendapatan mereka terjejas secara signifikan disebabkan oleh PKP. 

6.

Melanjutkan Program Subsidi Upah di bawah PERKESO selama 1 bulan bagi semua sektor ekonomi yang terkesan dengan kos 1.5 bilion ringgit dengan had 500 pekerja bagi setiap permohonan, ditanggung oleh Kerajaan. Adalah dijangkakan 2.5 juta pekerja dan lebih 200 ribu majikan akan mendapat manfaat.

Melanjutkan Program Subsidi Upah ini akan dapat mengawal kadar pengangguran daripada meningkat. Kadar pengangguran Februari 2021 adalah 4.8% turun 0.1% daripada Januari 2021 iaitu 4.9%. 

 

Program Subsidi Upah 3.0 akan berakhir pada bulan Jun 2021 dan ianya perlu diteruskan  oleh Kerajaan benar-benar memberikan kesan yang positif untuk membantu peniaga terutamanya PKS untuk terus bernafas. PSU yang terdiri daripada PSU 1.0, PSU 2.0 dan PSU 3.0 telah berjaya untuk menurunkan kadar pengangguran negara. 

 

Kerajaan telah bersetuju melanjutkan 1 bulan PSU. Namun berdasarkan perkembangan selepas ini, Kerajaan boleh mempertimbangkan untuk meneruskan PSU sekurang-kurangnya sehingga Ogos 2021. PSU ini berperanan sebagai serampang dua mata iaitu meneruskan survival perniagaan terutamanya PKS agar tidak gulung tikar dan seterusnya membantu rakyat Malaysia agar terus memperolehi pendapatan melalui peluang pekerjaan yang masih ada  walaupun berkemungkinan pendapatan mereka berkurangan. Akhirnya ianya mampu untuk mengawal kadar pengangguran daripada meningkat secara mendadak.

 

Berdasarkan Kajian Selidik Kesan PKP 1.0 (total lockdown) pada isi rumah dan perniagaan oleh kementerian Kewangan Malaysia sebelum ini menunjukkan bahawa PKP 1.0 antara lain menggugat mata pencarian 2.8 juta rakyat yang bekerja sendiri atau mengambil upah harian. 

 

 

7.

Salah satu inisiatif untuk membantu PKS yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan sebelum ini adalah melalui pemberian Geran Khas Prihatin atau GKP. Sehubungan itu, sukacita diumumkan kadar GKP akan ditambah sebanyak 500 ringgit kepada 1,500 ringgit. Ini bermakna, hampir 1 juta PKS dan perusahaan mikro akan menerima 1,000 ringgit pada pertengahan bulan Jun dan 500 ringgit lagi akan disalurkan pada bulan Julai.

Kerajaan telah dan akan berbelanja sebanyak RM4.8 biliion yang melibatkan GKP 1.0, GKP 2.0, GKP Permai dan GKP3.0. Jumlah Penerima adalah seramai 1.2 penerima daripada pelbagai PKS.

 

Perkara ini amat penting disebabkan oleh PKS menyumbang sekitar 66% pekerjaan rakyat Malaysia dan menyumbang 38-40% KDNK negara. Dengan memberi nafas kepada PKS, ianya secara tidak langsung akan dapat membantu untuk memberi nafas kepada peluang pekerjaan dan KDNK  negara.

 

8.

Kerajaan masih membenarkan operasi jual-beli peniaga kecil, penjaja jalanan dan termasuk perusahaan mikro. Oleh itu, sekiranya para peniaga ingin mendapatkan pembiayaan mikro kredit sebagai modal kerja, sebanyak 1.5 bilion ringgit disediakan bagi sepanjang tahun ini oleh BSN, TEKUN, MARA, SME Corp. dan YAPEIM dengan kadar pembiayaan serendah 3%.

Inisitiaf ini membantu peniaga yang terjejas pendapatan memohon  pembiayaan mikro kredit untuk meneruskan perniagaan masing-masing. Kerajaan melalui agensi yang terlibat boleh mempermudahkan urusan permohonan dan kelulusan pinjaman untuk memastikan inisiatif ini sampai kepada mereka yang memerlukan dengan kadar segera disebabkan ramai peniaga mengalami kerugian atau kemerosotan pendapatan yang signifkan. 

 

Berdasarkan Kajian Selidik Kesan PKP 1.0 (total lockdown) pada isi rumah dan perniagaan oleh kementerian Kewangan Malaysia sebelum ini menunjukkan bahawa 68% perniagaan melaporkan tiada jualan atau hasil semasa PKP 1.0 dan 42.5% perniagaan memerlukan lebih enam (6) bulan untuk pulih.  

 

9.

Selain itu, bagi membantu aliran tunai syarikat dan PKS, institusi perbankan akan terus menawarkan kemudahan pembiayaan dan pinjaman. Dana institusi perbankan telah dimantapkan lagi melalui pelbagai fasiliti pinjaman mudah PKS pembiayaan BNM yang masih berbaki 5 bilion ringgit. Untuk menyokong lagi PKS, BNM akan menambah fasiliti Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar untuk PKS terjejas sebanyak 2 bilion ringgit. Dengan itu, jumlah dana pinjaman untuk PKS dengan kadar pinjaman serendah 3.5% yang masih tersedia adalah sebanyak 7 bilion ringgit

Inisitiaf ini membantu peniaga yang terjejas pendapatan memohon  pembiayaan mikro kredit untuk meneruskan perniagaan masing-masing. Kerajaan melalui institusi perbankan yang terlibat boleh mempermudahkan urusan permohonan dan kelulusan pinjaman untuk memastikan inisiatif ini sampai kepada mereka yang memerlukan dengan kadar segera disebabkan ramai peniaga mengalami kerugian atau kemerosotan pendapatan yang signifkan. 

 

Berdasarkan Kajian Selidik Kesan PKP 1.0 (total lockdown) pada isi rumah dan perniagaan oleh kementerian Kewangan Malaysia sebelum ini menunjukkan bahawa 68% perniagaan melaporkan tiada jualan atau hasil semasa PKP 1.0 dan 42.5% perniagaan memerlukan lebih enam (6) bulan untuk pulih.  

 

10.

Bantuan Khas secara one-off sebanyak 500 ringgit kepada 17 ribu pemandu pelancong, 40 ribu pemandu teksi, 11 ribu pemandu bas sekolah, 4 ribu bas persiaran dan 62 ribu pemandu kereta sewa dan e-hailing. Bantuan ini yang berjumlah RM68 juta akan disalurkan kepada penerima yang berdaftar pada bulan Julai.

Membantu mereka yang terjejas pendapatan terutamanya di sektor pelancongan. Sektor pelancongan berkemungkinan hanya boleh beroperasi dengan lebih baik melalui pelancong domestik pada tahun 2022 selepas     Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan atau PICK selesai  menjelang bulan Disember 2021.

 

 

11.

 

 

Kerajaan bersetuju melanjutkan pengecualian duti setem  Kempen Pemilikan Rumah  atau HOC  dan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang CKD dan CBU import sehingga 31 Disember 2021.

 

 

Membantu sektor pembinaan,  perumahan negara serta sektor automatif untuk berkembang. Ianya secara tidak langsung dapat membantu menjana ekonomi negara dan mengekalkan peluang pekerjaan di dalam sektor ni.  

 

 

12.

 

 

 

 

Program Jaringan Prihatin bernilai 2 bilion ringgit yang juga dilancarkan pada awal Mei lalu bagi membantu 8.4 juta penerima BPR untuk melanggan perkhidmatan telekomunikasi atau mendapatkan peranti telefon mudah alih

 

 

Membantu rakyat Malaysia termasuk peniaga untuk beralih kepada Digital Ekonomi. Ia juga dapat membantu pelajar meneruskan pembelajaran melalui sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

 

13. 

 

 

 

Program e-Belia yang akan dibuka pendaftaran mulai esok, 1 Jun 2021 bagi membolehkan 2 juta belia dan pelajar IPT yang layak untuk mendapatkan kredit bernilai 150 ringgit dari penyedia perkhidmatan e-tunai.

 

 

Membantu peralihan kepada Digital Ekonomi dan mempertingkatkan penggunaan e-tunai pada masa akan datang khususnya untuk merancakkan aktiviti perniagaan berasaskan kepada perniagaan secara online.

 

 

 

 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo