NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kilang arak: Apa yang essential?


1 Jun 2021 | 20 Syawal 1442H

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia maklum terhadap tersebarnya sepucuk surat yang menyatakan operasi kilang arak akan beroperasi seperti biasa dan telah mendapat kelulusan di peringkat Kementerian Perdagangan dan Antarabangsa (MITI). Sehingga pada saat ini, tiada lagi penafian dibuat terhadap penularan surat tersebut sama ada ianya benar atau sebaliknya.

2. Pemuda PAS akan menantikan keputusan terkini mengenai pembukaan kilang arak seperti biasa, dan jika ianya masih boleh beroperasi dalam tempoh ‘Total Lockdown’, Pemuda PAS mengecam keras terhadap keputusan ini dan menggesa supaya pihak Kerajaan melalui MITI perlu menghentikan operasi dalam tempoh lockdown ini.

3. Ianya bukan hanya semata isu arak sebagai minuman yang haram, tetapi lebih dari itu, industri arak lebih banyak mendatangkan mudarat dari manfaat. Arak adalah punca kepada segala kejahatan dan kemaksiatan. Adakah mesej MITI untuk menggalakkan rakyat meminum arak semasa tempoh PKP, dengan tidak menutup operasi pemprosesan dan pengeluarannya?




4. Banyak lagi kilang-kilang yang lebih perlu (essential), yang terpaksa ditutup semasa tempoh sekatan pergerakan penuh. Tetapi anehnya kilang pemprosesan arak boleh dibuka? Apa rasional MITI di sebalik kebenaran ini?

5. Pemuda PAS, dengan keras dan tegas menggesa Kerajaan agar menarik kembali keputusan ini dan menghentikan operasi kilang Carlsberg Brewery Malaysia Bhd sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh PKP. Keputusan ini tidak boleh diterima oleh semua rakyat Malaysia, dan tiada sebarang rasional untuk difikirkan dan ditimbangkan dengan akal yang waras.

6. Di dalam tempoh ini, Kerajaan khususnya MITI hendaklah lebih sensitif dan peka dengan segala keputusan yang dibuat. Segala kesilapan yang dilakukan hanya akan mengundang padah, serta menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada Kerajaan dalam usaha melandaikan lengkung pandemik COVID-19. Buatlah keputusan dengan baik dan kembalikan kepercayaan rakyat Malaysia kepada kita.

Lindungi diri, lindung semua.

#KitaJagaKita
#JomVaksin
#SelfLockdown
#MemimpinNegara


Nazir Helmi
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo