NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Program minyak masak bersubsidi boleh ditambah baik

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan program minyak masak bersubsidi boleh ditambah baik pada masa depan bagi memastikan subsidi itu boleh dinikmati golongan sasar yang layak.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, program Harga Kawalan berasaskan nilai ambang minyak sawit mentah (MSM) diharap mampu menangani isu kenaikan harga minyak masak botol satu kilogram (kg) hingga lima kg.

"Maka dengan pelaksanaan program itu nanti, harga minyak masak botol lima kg yang tidak bersubsidi dapat dikawal dengan harga silingnya tidak melebihi RM30 sebotol.

"Sekiranya kawalan harga MSM itu dapat dilaksanakan dengan lebih baik, kemungkinan rakyat memperoleh harga minyak masak lima kg yang lebih murah," katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membentangkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) berkata, kerajaan akan melaksanakan program Harga Kawalan berasaskan nilai ambang MSM untuk menangani isu kenaikan harga minyak masak botol satu hingga lima kg.

Melalui program itu, harga minyak masak botol lima kilogram dapat dikawal supaya tidak melebihi RM30 sebotol, selain menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion dalam memastikan bekalan minyak masak pek polibeg satu kg terjamin.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo