Responsive Ad Slot

LGBT : Ancaman yang makin melampau

 

Kebejatan sosial dalam masyarakat kita bukan perkara baru bahkan dilihat semakin parah, sesuatu mesti dilakukan untuk menyekat ianya dari menjadi penyakit yang lebih serius.

Seharusnya ia mesti dirawat dari akar umbinya di mana kejahilan terhadap agama dan sikap tidak peka masyarakat yang bersikap tidak kisah kononnya tidak mahu menjaga tepi kain orang lain menyebabkan gejala sosial yang asalnya luar biasa akhirnya menjadi perkara biasa yang dahulunya ada perasan segan silu oleh si pelakunya tetapi kini tiada lagi malu.

Apatah lagi gejala sosial yang melibatkan penghinaan terhadap agama dan percanggahan hukum fitrah kejadian manusia ciptaan Allah SWT yang dikenali dengan LGBT.

Golongan LGBT ini dilihat semakin melampau sehingga berani mempromosi aktiviti mereka secara bebas dan terbuka.

Oleh itu, kami PAS Johor sangat menyokong tindakan pihak kerajaan oleh Kementerian Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang telah bermesyuarat dan memutuskan untuk mengambil tindakan tegas dan akan melaksanakan penguatkuasaan bersepadu terhadap golongan LGBT ini.

Tahniah juga kami ucapkan kepada Timbalan Menteri iaitu YB Datuk Hj Ahmad Marzuk bin Shaary dan agensi-agensi di bawah kementerian ini yang telah bertindak proaktif terhadap menangani isu LGBT ini.

Kami juga mengharapkan agar tindakan yang sama juga dilakukan terhadap perkara-perkara yang ada hubung kait dengan gejala sosial yang lain.

RUSMAN KEMIN
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)
26 Jun 2021 | 15 Zulkaedah 1442H

#SejahteraBersamaIslam
#KerajaanPrihatin

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo