NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan tiada perancangan menjual hartanah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah


Merujuk kepada spekulasi media mengenai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Kementerian Kewangan ingin memaklumkan bahawa Kerajaan tiada perancangan untuk menjual mana-mana hartanah lapangan terbang di Malaysia, termasuk LTSAAS, kepada mana-mana pihak.

Hartanah lapangan terbang adalah dianggap sebagai aset strategik Kerajaan. Sehubungan itu, Kementerian Kewangan juga ingin memaklumkan bahawa Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) masih memiliki pajakan selama 60 tahun, iaitu sehingga tahun 2067, ke atas tanah di mana terletaknya LTSAAS buat masa ini.

LTSAAS merupakan salah satu daripada 39 lapangan terbang di bawah kendalian MAHB selaras dengan perjanjian operasi di antara Kerajaan dan MAHB yang dimeterai pada tahun 2009. MAHB bukan pemilik mana-mana hartanah lapangan terbang tersebut.

Setakat ini, MAHB masih merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan aset sekitar LTSAAS. Sebahagian tanah LTSAAS juga telah dipajakkan (sub- leased) oleh MAHB kepada Subang Skypark Sdn Bhd bagi tempoh 30 tahun (2007-2037), merangkumi pengendalian Terminal 3, tempat letak kereta dan hangarage.

Sebarang usaha untuk memaksimumkan nilai aset LTSAAS tidak akan melibatkan penjualan hartanah. Sehubungan itu, Kementerian Kewangan ingin menasihatkan semua pihak agar tidak menyebarkan berita palsu dan khabar angin mengenai perkara ini, dan Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pihak-pihak yang berbuat demikian.

Kementerian Kewangan
Putrajaya

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo