NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

"Food bank" bantu yang memerlukan - Selangor PAS Youth (SPY) Corner



Oleh : Umar Al-Hayawi

Sungai Buloh | "FOODBANK' dengan konsep rakan-rakan niaga jalankan adalah setiap peniaga yang sudi dan ingin menyumbang, mereka akan letakkan disini. Ust Hanafi Zulkapli selaku Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyatakan rasa suka dengan usaha murni tersebut, kerana dalam diri para peniaga tersimpan rasa ingin membantu komuniti yang memerlukan saat dan tika ini.

Beliau menyatakan bahawa usaha tersebut adalah sebagai tanda terima kasih mereka kepada penduduk Subang Bestari atas sokongan kepada mereka selama ini, "waktu ada yang ditimpa musibah dan terkesan dengan PKP ini, kita kembalikan sedikit yang boleh dikongsi bersama”

Ust Hanafi memohon agar kita semua bantu mengwar-warkan mesej ini kepada sesisapa kejiranan anda yang memerlukan dan dapat mesej ini mampu memberikan kegembiraan buat mereka.

Dua lokasi terletaknya FoodBank :

1. Ruang Niaga Tapak Parkir (dulu Carboot Sale Subest).
2. AMR Halal Mart Subest (Bersebelahan dengan Satay Pak Wan)

AMR HALAL MART,

Alamat : No 6-1, Jalan Nova K U5/K, Subang Bestari,
40 150 Shah Alam, Selangor.
Hubungi : https://www.wasap.my/+60136461137/AMRHalalMart

Insyallah, Semoga Allah berkati kita semua. Kita bantu sekadar termampu.

Keperluan Halal Anda, Ada disini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo