NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KKM kemuka cadangan PKP buat enam negeri



KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengemukakan cadangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat enam negeri.

Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, negeri-negeri tersebut adalah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Kedah dan Sarawak.

"KKM telah menyarankan kepada kerajaan negeri, pusat, dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi melaksanakan PKP setelah penilaian risiko menyeluruh dengan mengambil kira beberapa petunjuk utama.
"Perkara ini sedang dibahaskan secara mendalam dan pengumumannya akan diumumkan segera," katanya sebagai dipetik Sinar Harian.

Perkara itu turut disahkan kepada Astro AWANI ketika dihubungi sebentar tadi.
Ujarnya, cadangan tersebut dikemukakan bagi mengekang penyebaran wabak COVID-19 terutamanya bagi negeri-negeri yang mencatatkan angka yang tinggi.

Pada masa sama kata beliau, cadangan berkenaan dilakukan berikutan negara masih mencatatkan angka melebihi 3,000 untuk tempoh tiga hari berturut-turut kebelakangan ini dan tidak menunjukkan penurunan.

"Selain itu, bazar Ramadan di negeri yang terlibat dengan PKP juga perlu ditutup untuk mengelakkan penyebaran COVID-19.

"Kami melihat mekanisme dan pelaksanaannya seperti kesesuaian pekerja bekerja di rumah dan jenis perniagaan yang dibenarkan beroperasi," katanya lagi.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kkm-kemuka-cadangan-pkp-buat-enam-negeri-295975

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo