NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan gagal hanya spekulasi dan propaganda


Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

14 MEI: Sebarang tindakan dan kenyataan merujuk kepada pemerintahan negara ini sebagai ‘kerajaan gagal’ kerana penularan dan peningkatan kes COVID-19 adalah tidak wajar serta tidak tepat.

Penganalisis Politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali, berkata situasi dan kesan pandemik itu adalah diluar bidang kuasa Malaysia, malah dialami kebanyakan negara termasuk negara maju.

Katanya, COVID-19 dan kesannya tidak boleh dielak malah negara maju serta besar seperti Amerika Syarikat (AS) berdepan masalah ekonomi merudum sehingga terlalu ramai rakyatnya kehilangan pekerjaan.

“Apa dialami Malaysia ketika ini adalah disebabkan kesan krisis di luar jangkaan dan kuasa pentadbir, lain lah dalam situasi aman negara, tiba-tiba berlaku ekonomi merudum disebabkan kecuaian sendiri, itu cerita berbeza.

“Bagi saya tanggapan ‘kerajaan gagal’ ini adalah persepsi dan propadanda sahaja kerana sebenarnya apa yang dapat dilihat adalah kaedah menangani sedang giat dilakukan, kita dah ada langkah bersepadu, Kementerian Kesihatan (KKM) jalankan tanggungjawab memang bagus, program vaksinasi kini diperluaskan, justeru rakyat perlu ikut segala nasihat serta sabar sedikit sahaja lagi.

“Kerajaan kena tegas, bila dah kata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Jun, jangan longgarkan walaupun ada mempertikaian. Malaysia akan kerugian berbilion ringgit sehari jika PKP dilaksanakan secara penuh,” katanya ketika dihubungi Portal PN BBC, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan segelintir pihak, termasuk rakaman video dan gambar himpunan sekumpulan penunggang motosikal membakar suar dan memegang kain rentang ‘kerajaan gagal’ yang tular di media sosial, semalam.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, perbuatan kumpulan itu adalah tidak wajar, malah jika mereka melakukannya kerana marah disebabkan prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri, mereka perlu faham sekarang adalah darurat pandemik memandangkan kes COVID-19 lebih 4,000 kes.

Dalam Islam juga, katanya, kemaslahatan rakyat dan umat perlu dipelihara, tetapi dalam situasi di Malaysia, walaupun masyarakat tidak dibenarkan pulang beraya atau mengadakan aktiviti ziarah, kerajaan masih ‘bertimbang rasa’ membernarkan mereka bersolat Aidilfitri di masjid

“Saya mohon pihak berkuasa menyiasat kumpulan ini sebab perbuatan mereka memburukkan persepsi dan pandangan terhadap rakyat.

“Jika mereka menganggap itu sebagai kebebasan, apakah jenis kebebasan yang langgar undang-undang dan bagi saya pandangan boleh diluahkan mengikut saluran betul,” katanya. 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo